Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Saturday 11 August 2012

Tarikh 6 Ogos 2012 (ISNIN)
Masa 4.20-5.20 Petang
Kelas 2A
Mata Pelajaran Bahasa Melayu- Literasi ( ALIRAN LINUS )
Unit Membaca Perkataam Yang Mengandungi Digraf ng,ny,kh,gh dan sy serta Konsonan Bergabung
Tema Flora, Fauna dan Persekitaran
Kemahiran 1.15 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf.
Aktiviti
1. Perdengarkan lirik lagu. (Melodi: Lagu ‘Ini apa?’)
2. Mengulang sebutan digraf yang ada dalam lirik lagu .
3. Perkenalkan digraf yang berkaitan dengan flora, fauna dan benda di persekitaran murid.
4. Latih tubi membaca digraf.
5. Guru menunjukkan kad perkataan atau kad imbasan yang mengandungi digraf.
6. Latih tubi menyebut digraf.
7. Permainan Pancing Botol
  Bahagikan kepada dua kumpulan.
  Memancing botol yang mengandungi suku kata dan mencantum suku kata menjadi perkataan yang ada digraf
Bahan/Alatan 1. Modul Guru 2. Kad Imbasan 3. Modul Murid 4. TV 5. Laptop
Isi Pelajaran 1. Singa 2. Wangi 3. Syarat 4. Nyanyi 5. Sunyi 6. Penyu 7. Bunyi 8. Bunga 9. Khemah 10. Ghazal
Objektif Diakhir pelajaran murid dapat :-
1. Membaca dan memahami sekurang-kurangnya 9 daripada 10 perkataan yang mengandungi digraf dengan betul.
Sistem Bahasa Kata Nama Khas
Pengisian Ilmu Dunia Seni Visual, Muzik
Nilai Murni Kerjasama, Rajin
KBT KB-mengenal pasti, mengumpulkan dan mengelaskan, menjana idea

No comments:

Post a Comment