Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Monday 16 March 2015

cabaran 2015

pengajaran dan pembelajaran murid linus literasi tahun dua. tahun 2015 merupakan tahun yg agak mencabar utk para guru dalam mengalas tanggungjawab agar memastikan anak murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis..murid murid mempunyai kebolehan dan keupayaan serta tahap penguasaan yang agak lambat,oleh itu kita harus bersabar dan sentiasa memberikan kualiti pendidikan yang terbaik agar murid ini mendapat impak yang lebih berkesan kepada mereka. mendidik murid dengan penuh kasih sayang dan ikhlas akan menaikkan lagi motivasi kita agar murid ini berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.. satu satu sasaran saya untuk memastikan murid berjaya kerana kejayaan murid kita adalah juga kejayaan kita namun kegagalan murid kita juga kegagalan kita....

Thursday 21 November 2013

Hari Anugerah "Quality" Sk Pegagau, Semporna

Majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada murid cemerlang peperiksaan dan terbaik mata pelajaran yang dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Encik Raduan Bin Haji Abdul Rahman











Saturday 9 November 2013

Karnival Perdana (Gabungan Panitia) Sk Pegagau Semporna



Matlamat  utama  karnival  ini  diadakan  adalah  untuk  memberi  keseronokan  dan  motivasi  dalam kalangan murid-murid  untuk bersaing secara sihat  dalam  pertandingan  yang dianjurkan.Selain itu minggu ini diisi dengan aktiviti menyeronokkan yang dapat menarik dan memotivasikan kehadiran murid ke sekolah selepas minggu peperiksaan.

Objektif  ruang  ini  diwujudkan  adalah  untuk:-

  • Mewujudkan  suasana  dan  persekitaran  minggu  pembelajaran  yang lebih  seronok.
  • Membantu proses  pengajaran  dan  pembelajaran  guru selepas minggu peperiksaan.
  • Menggalakkan perkembangan jasmani, emosi, intelektual dan sosial dalam kalangan murid



Tarikh : 4 November 2013 – 8 November 2013

 Aktiviti  dan  Pertandingan  :


 
Hari
Acara
Penyertaan
Isnin  (4/11/2013)
Majlis Pembukaan
“Jariku Lentik Tulisanku Cantik “
Tahun  1,2,3
Rabu (6/11/2013)
Pertandingan Hafal Sifir
Kuiz Matematik
Tahun  1,2,3
Khamis(7/11/2013)
Pertandingan Mengeja
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Jawi
Tahun  1,2,3
Jumaat (8/11/2013)
Sukaneka ( 3 Jenis Sukan )
·        Cari gula dalam tepung
·        Jalan Berdadu
·        Tarik Tali
Sesi Penyampaian Hadiah
Majlis Bertukar Hadiah Sempena “Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia” Mengikut Kelas
Majlis Penutupan
Tahun  1,2,3
 



Isnin 
“Jariku Lentik Tulisanku Cantik “
 Pertandingan menghasilkan penulisan dengan tulisan yang tercantik






Rabu
Pertandingan Hafal Sifir
Kuiz Matematik










Khamis
Pertandingan Mengeja
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Jawi










Jumaat
Sukaneka



  Penyampaian Hadiah




 Aktiviti bertukar-tukar hadiah sempena menyambut "Hari Kanak-Kanak Sedunia"