Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Saturday 11 August 2012

Minggu Linus Sk Pegagau

LAPORAN AKTIVITI (MINGGU LINUS) SK PEGAGAU, SEMPORNA 
Pada 6 Ogos hingga 9 Ogos, unit Linus di Sk Pegagau Semporna telah menjalankan aktiviti Minggu Linus. Pengisian untuk minggu Linus adalah seperti yang berikut:- 
Isnin : Pertandingan Mewarna Huruf dan Nombor 
Selasa : Pertandingan Mengarang Cerita 
Rabu : Kuiz Matematik 
Khamis : Ceramah Linus & Pertandingan Bercerita. 
Penyertaan untuk semua pertandingan adalah terbuka kepada semua murid dari tahun 1 hingga 3. Penyertaan murid dalam setiap pertandingan agak memberangsangkan. Murid amat seronok dan bermotivasi untuk bertanding. Guru yang dilantik untuk menyelia dan mengadili setiap pertandingan telah menjalankan tugas dengan agak baik dan memuaskan.  Pada hari Khamis satu majlis penutupan minggu Linus telah diadakan. 2 orang Fasilinus dari Pejabat Pelajaran Daerah Semporna telah hadir iaitu Puan Mazlina dan En. Fazlan. Di dalam majlis ini pihak sekolah telah menjemput Puan Mazlina untuk memberi sedikit ceramah ringkas berkaitan dengan Program Linus dan kepentingan murid-murid menguasai asas 3M. Setelah itu majlis diteruskan dengan pertandingan bercerita yang disertai oleh 6 orang murid yang mewakili setiap kelas. Prestasi dan semangat murid-murid yang bertanding agak memberangsangkan. Setelah diadili dan ditentukan pemenang majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah untuk setiap pemenang. Setelah itu, majlis bersurai dan tamatlah aktivti minggu Linus untuk sesi persekolahn 2012. 

Persiapan  Dewan 
Ketibaan  Fasilinus
 Ceramah Linus  Oleh  Fasilinus Pn  Mazlina



  Pertandingan  Bercerita





Penyampaian  Hadiah &  Cenderahati



Hasil  Karya Murid  Sepanjang Minggu  Linus







No comments:

Post a Comment