Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Monday 16 July 2012

Tarikh 16 Julai 2012 (ISNIN)
Masa 4.20-5.20 Petang
Kelas 2A
Mata Pelajaran Bahasa Melayu- Literasi ( ALIRAN LINUS )
Unit Membaca, menulis perkataan yang mengandungi Diftong dan Vokal Berganding
Tema Kampung Saya
Kemahiran 1.14-Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong.
Aktiviti
1. Menamakan perkataan yang mengandungi diftong berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
2. Menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi diftong kepada suku kata dengan tepat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi diftong secara kelas, kumpulan dan individu.
4. Latihan pengukuhan membaca perkataan melalui aktiviti didik hibur seperti permainan bahasa dan nyanyian.
Bahan/Alatan Modul Murid Buku Latihan(Modul) Kad Perkataan Gambar
Isi Pelajaran 1. Tupai 2. Serai 3. Limau 4. Taufan 5. Kaloi 6. Pantai 7. Petai 8. Sekoi 9. Surau 10. Pulau 11. Rantai
Objektif
Pada akhir pelajaran murid dapat:-
1. Membaca dan memahami sekurang-kurangnya 10 daripada 11 perkataan yang mengandungi diftong dengan betul.
Sistem Bahasa Kata Nama Khas
Pengisian Ilmu Dunia Seni Visual, Muzik
Nilai Murni Kerjasama, Rajin KBT KB-mengenal pasti, mengumpulkan dan mengelaskan, menjana idea BCB-Bacaan Kontekstual-menghubungkait

No comments:

Post a Comment