Pada bulan April, Unit Linus Sk Pegagau telah mengemukakan satu
cadangan kertas kerja kepada guru besar untuk mendapatkan
kelulusan bagi mendapatkan pembiayaan untuk mewujudkan papan
sudut Linus.
Guru besar telah meluluskan permohonan tersebut dan papan sudut
Linus dibina mengikut jawatankuasa kerja yang telah diwujudkan.
Pembahagian tugas telah diberikan dan papan sudut i ni siap
mengikut ketetapan yang dirancang.
Tujuan papan sudut ini diwujudkan adalah untuk memberikan
pendedahan dan maklumat berkaitan program Linus kepada
murid-murid dan warga Sk Pegagau.
Papan sudut ini memaparkan carta organisasi Linus Sk Pegagau,
Matlamat, Misi, Visi Linus dan proses Linus dilaksanakan. Selain
itu papan sudut ini juga memaparkan keputusan saringan untuk
rujukan kepada semua pihak.
Papan ini juga memaparkan aktiviti terkini Unit Linus di Sk
Pegagau. Selain itu, papan sudut ini juga memaparkan Bahan Bantu
Mengajar Mingguan yang digunakan oleh guru. Selain itu, papan
sudut ini memaparkan bahan bacaan tambahan bergambar untuk
santapan murid-murid pada masa terluang di sekolah.
Diharap dengan wujudnya papan sudut Linus ini dapat menyalurkan
sedikit sebanyak hebahan maklumat berkaitan dengan program Linus.
Saringan Khas Tahun 3 ( 5 April 2012 )
Saringan Khas Tahun 2 ( 21 Mei 2012 )
Saringan 4 Kohort 2 2012
Kaedah Berkelompok & Berkumpulan
No comments:
Post a Comment