KELAS BIMBINGAN DI BILIK GURU
Kelas bimbingan di bilik guru telah mula dibuat pada tahun 2011 untuk murid-murid Linus Tahun 2. Murid-murid yang masih dalam aliran linus dan linus tegar akan mengikuti kelas bimbingan di bilik guru untuk mendapat bimbingan dari guru-guru di bilik guru. Murid menjalankan proses bacaan bersendirian dan dipantau oleh guru-guru di dalam bilk guru. Bahan-bahan bacaan ditentukan oleh guru mengikut tahap penguasaan murid. Sebelum pulang, guru akan mendengar bacaan murid dan memperbaiki bacaan. Guru memberi kerja rumah berbentuk bahan bacaan untuk dibaca di rumah di mana bahan bacaan tersebut akan digunakan pada hari seterusnya.
PROSES PENGAJARAN BERSAMA DI LUAR KELAS
Guru-guru juga menjalankan proses pengajaran berpasangan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Proses pengajaran ini lebih kepada corak didik hibur dan di luar kelas.kebiasaannya guru Pendidikan Jasmani akan mengendalikan pengajaran ini dimana unsur kemahiran Literasi digabungjalinkan.
KELAS TAMBAHAN DI RUMAH GURU PADA HUJUNG MINGGU
Terdapat guru di Sk Pegagau yang tinggal sekitar kampung telah
menawarkan perkhidmatan kelas tambahan untuk murid-murid Linus.
Kelas ini dibuat pada hujung minggu di rumah guru. Istimewanya
kelas tambahan ini percuma...ia dibuat untuk membantu
murid-murid yang bear-benar lemah dan mendapat bimbingan khusus
oleh guru pada masa lapang. Sokongan ibu bapa amat kuat dalam
aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment