Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Saturday 14 July 2012

Ruang Angkat LINUS Sk Pegagau

NEW: RUANG ANGKAT LINUS
Matlamat utama ruang Linus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan dengan lebih meluas lagi berkaitan program Linus di SK Pegagau kepada warga sekolah dan masyarakat. Ruang ini menggantikan ketiadaan bilik LINUS yang khas memandangkan kekangan bilik yang sedia ada.
Objektif ruang ini diwujudkan adalah untuk:-

a. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan seronok.
b. Memaparkan pelbagai bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan mata pelajaran dan kemahiran kepada murid-murid.
c. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru.
d. Menyediakan ruang hiburan dan bahan bacaan spontan untuk murid-murid.
e. Menimbulkan keseronokan untuk murid untuk ke sekolah.
f. Menyediakan bahan bantu mengajar yang tersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.







No comments:

Post a Comment