Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Saturday 30 June 2012

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM TITIAN PERDANA SK PEGAGAU SEMPORNA 2012 
Hasil daripada perbincangan dan perancangan Unit Linus , Program Titian Perdana telah bermula pada semester kedua dalam tahun 2012. 

Kelas Bimbingan Intensif
 Kelas bimbingan ini telah berjalan mengikut jadual dan perancangan pengajaran yang telah disusun berdasarkan modul yang disediakan. U nit Linus juga telahmenyediakan rekod kawalan kelas beserta rekod mengajar. Bahan bantu mengajar, carta gambar dan perkataan beserta dengan buku telah disediakan. Sasaran adalah murid tahun 2 dan kelas ini dijalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Rabu. Seramai 20 orang murid-murid yang lemah di kelas tahun 2A telah dikenalpasti dan dipilih untuk menjalani kelas bimbingan ini. Petunjuk keberkesanan prestasi murid diukur melalui ujian ringkas dan murid secara beransur-ansur akan menamatkan kelas bimbingan setelah benar-benar menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi. Selain itu, lembaran pemantauan ibu bapa di rumah juga disediakan untuk membantu keberkesanan program ini. Sambutan guru-guru dan murid-murid agak memberansangkan.














Sesi Bimbingan Di Bilik Guru 
Sasaran murid untuk sesi ini adalah murid tahun 3 yang dikenalpasti masih lemah. Seramai 4-5 orang murid akan dipilih oleh guru mata pelajaran untuk menjalani sesi ini di bilik guru sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Murid diberikan bahan bacaan mengikut tahap murid tersebut. Guru-guru yang mempunyai masa terluang akan memantau bacaan murid seorang demi seorang secara lebih dekat lagi. Sambutan guru-guru dan murid-murid agak memberansangkan. 













Kelas Bergabung Di Luar Bilik Darjah
Sasaran bagi kelas bergabung ini ialah murid tahun 2A dan tahun 1A. Kelas bergabung ini dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Murid-murid diajar mengikut kemahiran yang sama dan pengajaran dilaksanakan dalam bentuk sukaneka. Sambutan murid amat memberangsangkan. Kekuatan program ini murid amat seronok dan mudah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. 


 

No comments:

Post a Comment