Asalamualaikum dan salam sejahtera..pada hari ini saya akan memaparkan rancangan pengajaran harian saya dan bahan pengajaran yang saya gunakan untuk mengajar. Tajuk pengajaran saya pada hari ini ialah Tahun Dua Cerdik di bawah tema 1 iaitu Dunia Kami khusus untuk pengajaran aliran perdana. Esok saya akan memaparkan tajuk yang berkaitan pengajaran aliran Linus.. Saya harap bahan ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 B
Tema : Dunia Kami
Tajuk : Tahun Dua Cerdik
Fokus Utama : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan harian dengan menggunakan kata, ayat, sebutan dan intonasi yang sesuai. Aras 1 (ii) Melafazkan ucapan secara bertatasusila.
Fokus Sampingan : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan harian dengan menggunakan kata, ayat, sebutan dan intonasi yang sesuai. Aras 2 (i) Menggunakan kata panggilam dan kata ganti diri yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
- Bertutur berdasarkan teks.
- Bertutur secara bertatasusila.
Akitiviti : Murid menjalankan aktiviti :-
- Set Induksi ( 5 minit ) - Guru mempamerkan gambar kelas.
- Perkembangan ( 20 minit ) - Guru mengarahkan murid membaca teks dalam paparan skrin komputer secara bergilir dan membetulkan bacaan murid.
- Kemuncak ( 25 minit ) - Latihan Pemahaman. Isi tempat kosong. " Tahun Dua Cerdik "
- Penutup ( 10 minit ) - Lembaran Kerja, Guru merumuskan tajuk pengajaran.
Bahan/ Alat Bantu :-
- Speaker
- Power Point/ Slaid
- Komputer
- Buku Latihan/ Kerja
Sistem Bahasa
Tatabahasa : Kata Nama, Tanda Baca
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Muzik, PSV
Nilai : Kasih sayang
Kemahiran Berfikir : Menjana Idea
Kemahiran Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal
Bahan Pengajaran:-
Gambar Kelas ( Set Induksi )
Teks Cerita (Puisi) "Dunia Kami Di Sekolah" (Perkembangan)
Latihan Pemahaman ( Kemuncak )
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. ( 5 soalan )
Nama saya Hamdan. Saya (1) bersekolah di Sk Batu Putih, Tawau. Saya (2) belajar dalam kelas Tahun 2 Cerdik. Nama guru kelas saya ialah Cikgu Siti Aminah. Beliau (3) mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. Kelas saya sangat cantik dan bersih. Saya sangat (4) sayang akan kelas saya. Pada hari ini, seorang (5) murid baru telah masuk ke dalam kelas kami. Nama murid baru itu ialah Sulaiman. Sulaiman duduk di sebelah saya.
No comments:
Post a Comment