Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Sunday 17 July 2011

Produk Kursus

Berikut merupakan satu bentuk dan contoh penulisan yang berkaitan dengan rangka persediaan mengajar dan rancangan pengajaran harian yang lengkap. Ianya menepati objektif dalam memberi satu inovasi atau pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan pengajaran beralih daripada kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih interaktif iaitu dengan menggabungkan unsur ICT. Melalaui pengajaran ini, pelajar akan lebih tertarik dan bermotivasi untuk belajar. Penggabungjalinan ini tidak hanya terhad kepada pengetahuan isi pelajaran malahan pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran menggunakan ICT secara langsung. Objektif pelajaran juga dibina mengikut 2 komponen ini iaitu ICT/TMK dan isi pelajaran. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga guru telah merangka aktiviti yang melibatkan 4 mod dalam TMK iaitu penerokaan, aplikasi, tutorial dan komunikasi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

MAKLUMAT UMUM

Tarikh : 30 Ogos 2011

Masa : 11.00 – 12.00 Tengah hari ( 1 jam )

Tahap : 2

Kelas : 5 Bestari

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Bilangan : Murid20 orang ( 10 orang lelaki, 10 orang perempuan )

Tempat : Makmal Komputer II SK Pegagau, Semporna.

MAKLUMAT KHUSUS

Tema : Patriotisme

Tajuk : Negara Tercinta “ Tokoh Pemimpin “

Sub Tajuk : Penulisan berbentuk Biografi berkaitan tokoh pempimpin yang dikagumi.

Fokus Utama : 7.1- Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat Aras 2 (i) Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik, teks dan video secara bertulis.

Fokus Sampingan : 1.2- Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang berkaitan.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:-
Menguasai sekurang-kurangnya 1 daripada 2 objektif / isi tajuk pelajaran iaitu:-

1.Mengenalpasti sekurang-kurangnya 5 daripada 6 tokoh pemimpin secara lisan dan tulisan dengan betul.
2.Menyebut dan menerangkan sekurang-kurangnya 1 daripada 2 nilai yang perlu ada dalam diri seorang rakyat Malaysia dengan betul.

Menguasai sekurang-kurangnya 2 daripada 3 kemahiran dalam TMK iaitu :-

1.Mengaplikasi perisian “Microsoft Word” untuk menyiapkan tugasan iaitu menghasilkan penulisan berbentuk biografi tokoh pemimpin yang dikagumi secara individu dan dapat mengaplikasikanperisian “Microsoft Power Point” untuk menjawab kuiz pemahaman berkaitan tajuk.
2.Meneroka laman web yang berkaitan dengan tajuk kemudian menceritakan secara lisan dan bertulis dengan menggunakan ayat sendiri tentang teks tajuk yang dipelajari secara ringkas.
3.Mewujudkan komunikasi dalam proses pembelajaran melalui perisian “Netmeeting” dengan berkongsi maklumat yang diperolehi bersama rakan-rakan lain.

Strategi Pengajaran
1.Berpusatkan murid- meneroka laman web mencari maklumat berkaitan tokoh perdana menteri, guru hanya sebagai fasilitator dalam memberi tutorial semasa set induksi iaitu mengaitkan video dengan tajuk serta memberi arahan tugasan.
2.Berpusatkan bahan- mengaplikasi dan meneroka bahan daripada internet sebagai rujukan isi pelajaran.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.Menonton video dan menghubungkait video dengan tajuk pelajaran.
2.Permainan Bahasa / Kuiz pemahaman.
3.Meneroka maklumat daripada internet.
4.Penulisan karangan berbentuk biografi berkaitan salah seorang tokoh pemimpin yang dikagumi ( Menepati fokus utama )
5.Soal Jawab berkaitan tajuk ( Menepati fokus sampingan )
6.Nyanyian lagu patriotik“ Malaysia Tercinta “ bersama lirik dan video.

Sistem Bahasa
Tatabahasa : Kata Nama Khas ( Tun Dr. Mahathir, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tunku Abdul Rahman )
Kosa Kata : Perdana Menteri, Malaysia.

Pengisian Kurikulum

Kesepaduan Disiplin Ilmu : Bahasa, Sejarah ( Kemerdekaan ),Sastera(Tokoh Pemimpin) dan PJK ( Perasaan ), TMK ( MS Word, Power Point, Laman Web, Netmeeting )

Penerapan Nilai : Patriotik, Bertanggungjawab

Penggabungjalinan : Mengenalpasti ( nama tokoh dan perasaan ) , Menganalisis ( biografi tokoh ) , Meneroka ( maklumat tokoh ) , Menghubungkait ( video dengan tajuk pengajaran ), Kemahiran ICT.

Kemahiran Bernilai Tambah :-
1.Mod Tutorial-Penerangan awal guru dalam set induksi berkaitan video dengan tajuk pengajaran.
2.Mod Aplikasi-Menggunakan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan dan mencari bahan.
3.Mod Penerokaan- Menggunakan internet untuk mencari dan memuat turun bahan maklumat tajuk pelajaran.
4.Mod Komunikasi- menjalankan hubungan dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid untuk berkongsi karangan biografi yang dihasilkan menggunakan perisian Netmeeting.

Kecerdasan Pelbagai Murid : Visual, Interpersonal, Intrapersonal.

Pengetahuan Sedia ada pelajar
1.Pelajar telah didedahkan dan mempunyai pengetahuan asas tentang tatacara menggunakan perisian Microsoft Word, Power Point, Netmeeting dan muat turun bahan daripada internet pada pelajaran lepas dan dalam kelas tambahan ICT.
2.Pelajar mempunyai pengetahuan asas tentang tarikh hari kemerdekaan Malaysia, nama-nama tokoh perdana menteri dan diterapkan nilai kepentingan seorang rakyat mencintai dan menjaga kedaulatan Negara pada pelajaran yang lepas.

Isi pelajaran
1. Tokoh Pempimpin ( Perdana Menteri ) : Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sei Najib Tun Abd. Razak. Tahun pemerintahan perdana menteri, tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan sumbangan tokoh kepada tanah air.
2. Tatabahasa : Kata nama Khas ( Malaysia, Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sei Najib Tun Abd. Razak )
3. Nilai : Semangat cintakan Negara ( Patriotik ), Bertanggungjawab terhadap negara.
4. Tatacara aplikasi TMK :-
1.Membina fail ( Folder ) dan menamakan fail itu dengan nama murid dan tajuk pelajaran iaitu “Tokoh Pemimpin”
2.Memuat turun bahan maklumat berkaitan tajuk melalui laman web.
3.Menjawab soalan pemahaman dan kuiz melalui perisian Power Point.
4.Menaip karangan berbentuk biografi tokoh pemimpin melalui perisian Microsoft Word.
5.Berkongsi fail dan maklumat melalui perisian Netmeeting iaitu mewujudkan kotak sembang komunikasi antara rakan-rakan dan guru.
6.Lirik lagu “ Malaysia Tercinta “

Bahan / Alat Bantu Mengajar
1.Komputer Maklmat ( 21 unit )
2.LCD ( 1 unit )
3.Speaker Utama ( 1 unit )
4.Jaringan Wifi
5.Headfon/ Alat pandang dengar ( 21 unit )
6.Slaid Gambar
7.Video
Bahan Rujukan Buku
1.Buku teks tahun 5
2.Huraian sukatan pelajaran tahun 5
Internet
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abdul_Razak
3.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Hussien_Onn
4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Dr_Mahathir_Mohamad
5.http://ms.wikipedia.org/wiki/Datuk_Seri_Abdullah_Ahmad_Badawi
6.http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia
7.http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak
8.http://aliff-life.blogspot.com/2008/08/sejarah-perdana-menteri-malaysia.html
9.http://marikhcrew-merdeka.blogspot.com/2009/08/p-m-kami-laannti-tuka-tjuk.html

No comments:

Post a Comment