Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Monday 4 July 2011

Produk Kursus

Masa : 12.30 – 1.30 Petang
Kelas : 2 Cerdik
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bil. Murid : 40 Orang
Tempat : Makmal Komputer
Tema : Makanan Untuk Kesihatan
Tajuk : Makanan Seimbang
Fokus utama : Menyatakan dan menyebut sesuatu dengan menggunakan ayat dan bahasa yang betul dan tepat.
Aras 2(i) menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.
Fokus sampingan : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (iii) memahami perkataan , frasa dan ayat.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :-
1. Mengenalpasti dan mengkelaskan maklumat berkaitan dengan jenis-jenis makanan seimbang mengikut komponen zat menggunakan ayat dan bahasa yang betul.
2. Melengkapkan ayat mudah dan melafazkan ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aktiviti :
1. Set induksi ( 5 minit )
i)Menyanyikan lagu “ Yang Mana Satu “ Melodi lagu P. Ramlee.
ii)Guru memaparkan slaid lirik lagu dan menyanyi bersama-sama dengan murid.
iii)Guru mengaitkan lagu yang dinyanyikan dengan tajuk pelajaran iaitu Makanan Seimbang.
2. Perkembangan ( 20 minit)
i)Penerangan oleh guru berpandukan slide berkaitan dengan jenis-jenis makanan seimbang mengikut kelas makanan iaitu Vitamin, Protein, Garam mineral, Lemak dan Karbohidrat.
ii)Guru memaparkan gambar makanan dan menerangkan nama kepada makanan tersebut serta komponen zat yang terdapat di dalamnya.
iii)Guru memaparkan beberapa gambar dan menceritakan perihal makanan seimbang berdasarkan gambar tersebut.

3. Kemuncak ( 25 minit )
i)Permainan Bahasa : Mengenalpasti gambar dan membina ayat berpandukan gambar dalam bentuk ayat mudah. Dalam aktiviti berkumpulan 4 orang murid setiap kumpulan akan diberikan gambar di dalam komputer masing-masing kemudian menaip ayat mudah berdasarkan gambar tersebut dan dibentangkan di hadapan kelas.
ii)Mengkategori Gambar : Dalam aktiviti berkumpulan 4 orang murid setiap kumpulan. Guru menyediakan satu folder di setiap komputer pelajar kemudian meminta mereka mengelaskan dan menyusun gambar jenis makan di dalam folder tersebut mengikut kategori zat makanan dan dibentangkan di hadapan kelas.
4. Penutup ( 10 minit )
i)Guru memaparkan dan menayangkan video yang berkaitan dengan makanan seimbang untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid.
ii)Sesi soal jawab guru dan murid untuk memperkukuhkan kefahaman berkaitan tajuk.
iii)Di akhir pelajaran, guru merumuskan semula pelajaran berkaitan jenis-jenis makanan seimbang mengikut komponen zat.
iv)Guru mengedarkan lembaran kerja untuk latihan murid di rumah

Bahan P&P
1. Komputer / speaker / powerpoint / slaid
2. Buku teks / latihan
3. Lembaran kerja murid
Isi Pelajaran
1. Lirik lagu “Yang Mana Satu”
2. Pengenalan kepada makanan seimbang iaitu makanan yang sihat dan mengandungi zat seperti karbohidrat, Garam mineral, Protein, Vitamin dan Lemak.
3. Jenis-jenis nama makanan seperti nasi, bijirin, roti, sayuran, buah-buahan, ikan, daging, susu dan sebagainya.
4. Mengkelaskan jenis-jenis makanan tersebut mengikut komponen zat contohnya:-
• Karbohidrat : Nasi, bijirin, roti
• Lemak : Minyak, Daging
• Protein : Roti, Telur
• Garam mineral : Sayur-sayuran
• Vitamin : Buah-buahan
Sistem bahasa : Ayat tunggal : Buah-buahan mengandungi vitamin, Roti ialah karbohidrat
Kata nama Am : Karbohidrat, Garam mineral, Protein, Vitamin, Lemak, Pisang, Sayur, Roti
Kosa kata : Karbohidrat, Garam mineral, Protein, Vitamin, Lemak, Pisang, Sayur, Roti
Pengisian kurikulum:-
Ilmu : Sains, KT, PJK
Nilai : Menghargai kesihatan fizikal dan mental.
Kem. Bernilai Tambah :-
Mengkategori dan Meramal : Gambar jenis makanan mengikut komponen zat.
Kemahiran ICT ( menaip ayat menggunakan komputer )
Kecerdasan Pelbagai Murid : Konstruktivisme, Kontekstual, TMK

No comments:

Post a Comment