Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Monday 11 July 2011

JuRnaL HaRian KurSus

ISNIN ( 11 JULAI 2011 )
Tajuk kurusus pada minggu ketiga ialah kemahiran aplikasi MS Publisher, Movie Maker dan menghantar atau mengedit bahan dalam talian.
Objekif kursus pada minggu ke tiga adalah :-
1. Memahami konsep Mod Aplikasi dan Mod Komunikasi
2. Membina bahan pengajaran menggunakan pakej perisian penerbitan kerja.
3. Menggunakan video-cutter/movie maket sebagai video pembelajaran.
4. Menyunting bahan daripada internet.
5. Mengaplikasi talian komunikasi di internet untuk tujuan pembelajaran.
Kaedah atau ativiti kursus ialah:-
1. Menjelaskan konsep Mod Aplikasi dan Mod Komunikasi
2. Mengapliaksi hamparan kerja melalui perisian MS Word dan Power Point
3. Membina bahan pengajaran menggunakan pakej perisian penerbitan (Publisher)
4. Menyunting bahan daripada internet
5. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti webcam atau sidang video.
6. Mengaplikasi talian komunikasi di internet untuk tujuan pembelajaran seperti berkomunikasi melalui kotak sembang.
SESI 1 ( APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani dan En. Ramlan. Sesi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di bilik Bestari. Berikut merupakan tatacara menggunakan perisian MS Publisher:-
1. Buka MS Publisher
2. Blank Page Size
3. Saiz A4
4. Insert “Text Box”
5. Taip Perkataan
6. Edit
Kami dikehendaki menghasilkan sebuah penerbitan yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

SESI 2 (APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani. Sesi bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 pagi bertempat di bilik Bestari. Dalam sesi ini Cik Nor Azaian telah memperkenalan MS Publisher. Berikut apa yang akan kami pelajari:-
1. Menghasilkan bahan penerbitan
2. Penggunaan teks dalam persekitaran.
Kami telah diarahkan untuk menghasilkan brosure yang berkaitan pameran kursus. Kumpulan yang menghasilkan brosure yang terbaik akan dipilih untuk menjadi bahan edaran pada hari pameran tersebut.

SESI 3 (APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani. Sesi bermula pada jam 2.00 petang hingga 2.00 petang bertempat di bilik Bestari. Dalam sesi ini kami telah menjalankan sesi pembentangan hasil produk brosure untuk hari pameran.

No comments:

Post a Comment