Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Wednesday 6 July 2011

JuRnaL HaRian KurSus

ISNIN ( 4 JULAI 2011 )
Dalam minggu kedua ini kandungan kursus adalah lebih kepada penggunaan mod penerokaan dan tutorial. Kami mempelajari tentang kemahiran memuat naik dan turun bahan audio, teks, video, dan imej dan pelbagai bahan pengajaran. Matlamat kursus pada minggu ini adalah untuk:-
• Memahami konsep mod penerokaan.
• Mengenalpasti alamat laman web, katalog dan enjin carian internet.
• Menggunakan kata kunci atau frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa melayu.
• Mengumpul bahan daripada internet secara muat turun ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
• Menggunakan internet untuk muat turun video, teks, audio dan imej sebagai produk pembelajaran mengikut tema.
• Mengeksplorasi portal pendidikan di internet.

SESI 1 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN AUDIO SEBAGAI MEDIA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diajar berkaitan dengan membuat teks atau perkataan pada video yang hendak dihasilkan. Dalam sesi ini saya menghasilkan video berkaitan dengan tajuk iaitu makanan seimbang. Berikut merupakan tatacara menghasilkan video menggunakan perisian movie maker:-
1. Import Picture
2. Show Timeline-tarik picture
3. Edit Movie-choose style
4. View video effects
5. Title and credits
6. Import Audio & Music

SESI 2 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN AUDIO SEBAGAI MEDIA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diajar berkaitan dengan membuat teks atau perkataan pada video yang hendak dihasilkan. Dalam sesi ini saya menghasilkan video berkaitan dengan tajuk iaitu makanan seimbang. Berikut merupakan tatacara menghasilkan video menggunakan perisian movie maker dilanjutkan kepada:-
1. Import Picture
2. Show Timeline-tarik picture
3. Edit Movie-choose style
4. View video effects
5. Title and credits
6. Import Audio & Music
7. Mengedit bahan audio, mencantumkan dan memotong muzik dalam video.
8. Import Video
9. Mengedit, potong ( split ) video dan mencantukan video

SESI 3 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN AUDIO SEBAGAI MEDIA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diajar berkaitan dengan membuat teks atau perkataan pada video yang hendak dihasilkan. Dalam sesi ini saya menghasilkan video berkaitan dengan tajuk iaitu makanan seimbang. Berikut merupakan tatacara menghasilkan video menggunakan perisian movie maker dilanjutkan kepada:-
1. Import Picture
2. Show Timeline-tarik picture
3. Edit Movie-choose style
4. View video effects
5. Title and credits
6. Import Audio & Music
7. Mengedit bahan audio, mencantumkan dan memotong muzik dalam video.
8. Import Video
9. Mengedit, potong ( split ) video dan mencantukan video
Selain itu, dalam sesi ini juga Puan Gusnaini telah memberikan maklumat dan info berkaitan CASPER di mana ianya elemen yang perlu digunakan untuk menghasilkan slaid power point yang baik.

SELASA ( 5 JULAI 2011 )
SESI 1 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN TEKS SEBAGAI MEDIA)
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberikan penerangan tentang fungsi dan kegunaan perisian Format Factory. Antara kegunaaannya ialah:-
1. Menukar format file cth : jpeg-gif file-bitmap
2. Audio dan Video
Kebanyakan fail yang dimuat turun ke dalam komputer tidak dapat dibuka dan dikenalpasti kerana format fail yang tidak sama. Oleh itu perisian Format Factory ini digunakan untuk mengubah fail supaya ianya adalah sama.

SESI 2 ( MEMILIH BAHAN SASTERA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah mengaplikasikan perisian Format Factory dan tatacara penggunaan perisian ini.
1. Convert video, audio, picture
2. Pilih sama ada video, audio atau picture pada ruangan
3. Pilih menjadikan ia fail apa..cth: all-mpg
4. Klik MPG
5. Add File
6. Klik OK
7. Tunggu 100%
8. Output Folder

SESI 3 ( MEMILIH BAHAN BUDAYA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah meneruskan aktiviti penerokaan dan mengaplikasikan perisian Format Factory dan tatacara penggunaan perisian ini.
1. Convert video, audio, picture
2. Pilih sama ada video, audio atau picture pada ruangan
3. Pilih menjadikan ia fail apa..cth: all-mpg
4. Klik MPG
5. Add File
6. Klik OK
7. Tunggu 100%
8. Output Folder
Setelah itu, kami menyambung pengajaran dalam perisian Window Movie Maker. Berikut merupakan tatacara untuk menyimpan fail:-
1. Finish Movie
2. Save File Movie-Next
3. Saving-masih boleh edit
4. Finish-Auto Play

RABU ( 6 JULAI 2011 )
SESI 1 ( MEMILIH BAHAN TATABAHASA)
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberikan penerangan tentang cara memuat turun dan memuat naik bahan yang berkaitan dengan bahan tatabahasa. Di mana ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian dan sesi pengajaran. Kami dikehendaki menbuat Folder Tatabahasa. Di dalam folder tatabahasa pula terdapat lagi folder kecil. Buka Mic. Word. Berikut merupakan langkah untuk menyediakan bahan tatabahasa:-
1. Bina Jadual
2. Bina ruangan URL
3. Buka carian dan laman web,
4. Copy alamat
5. Paste di dalam jadual, boleh Link terus ke dalam web.
Tugasan kami pada hari ini adalah mencari sekurang-kurangnya 50 laman web berkaitan tatabahasa untuk digunakan dalam rancangan mengajar. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa guru-guru untuk mencari bahan.
SESI 2 ( MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN)
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah melanjutkan pelajaran dengan mengumpul bahan sastera.
SESI 3 ( MENGUMPUL BAHAN MENGIKUT KEMAHIRAN TEMA )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini, kami menentukan tema untuk rancangan pengajaran. Kami diarahkan membuka sukatan pelajaran. Buka satu halaman mic. Word. Kami mempelajari teknik meletakkan kemahiran yang terdapat di sukatan pelajaran dalam bentuk jadual atau katalog bahan yang akan terus berpaut dengan laman web.


KHAMIS ( 7 JULAI 2011 )
SESI 1 ( MEMBUAT PERANCANGAN AKSES KENDIRI )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberikan penerangan tentang cara memuat turun dan memuat naik bahan yang berkaitan dengan bahan tatabahasa. Pada hari ini kami telah diberikan tugasan untuk menyiapkan rancangan pengajaran yang mengandungi mod aplikasi dan penerokaan. Kami telah memilih tajuk “ destinasi pelancongan “ isi pelajaran adalah “Kata Nama Khas”.Kami diarahkan untuk menyelitkan sekurang-kurangnya 1 objektif kata ganda.
SESI 2 ( MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK AKSES KENDIRI )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah mula membentangkan hasil kerja mengikut kumpulan.
SESI 3 ( MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK AKSES KENDIRI )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Kami telah menyambung sesi ini dengan pembentangan hasil kerja dalam kumpulan.

JUMAAT ( 8 JULAI 2011 )
SESI 1 ( KONSEP MOD APLIKASI & MOD KOMUNIKASI )
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Effendy Yusuff dan Encik Ab. Ghani Sani. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberi taklimat dan penerangan ringkas berkaitan dengan portfolio individu. Terdapat pertukaran dari segi penyusunan jadual. Pada hari ini, kami membincangkan topic berkaitan komunikasi melalui kotak sembang dan laman interaksi social. Jaringan wifi boleh digunakan untuk berkomunikasi. Kami mempelajari tatacara menggunakan netmeeting.
SESI 2 ( APLIKASI HAMPARAN KERJA MELALUI MS WORD )
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Effendy Yusuff dan Encik Ab. Ghani Sani Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa pameran hasil produk.
SESI 3 ( APLIKASI HAMPARAN KERJA MELALUI MS POWERPOINT )
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Effendy Yusuff dan Encik Ab. Ghani Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sisi ini kami telah menyambung dalam membincangkan bidang tugas masing-masing mengikut jawatankuasa yang dilantik untuk program pameran di akhir kursus.

No comments:

Post a Comment