Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Friday 31 August 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh 27 Ogos 2012 (ISNIN)
Masa 4.20-5.20 Petang
Kelas 2A
Mata Pelajaran Bahasa Melayu- Literasi ( ALIRAN LINUS )
Unit Membaca Perkataam Yang Mengandungi Digraf ng,ny,kh,gh dan sy serta Konsonan Bergabung
Tema Flora, Fauna dan Persekitaran
Kemahiran 1.17 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
Aktiviti
i. Menamakan gambar yang mengandungi konsonan bergabung yang berkaitan dengan flora, fauna atau persekitaran seperti syampu dan span.
ii. Mencerakinkan perkataan kepada suku kata.
iii. Latihan membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
Bahan/Alatan 1. Modul Guru 2. Kad Imbasan 3. Modul Murid 4. TV 5. Laptop Isi Pelajaran 1. Krayon 2. Stoking 3. Traktor 4. Troli 5. Skuter
Objektif Diakhir pelajaran murid dapat :-
1. Membaca dan memahami sekurang-kurangnya 4 daripada 5 perkataan yang mengandungi konsonan bergabung dengan betul.
Sistem Bahasa Kata Nama Khas
Pengisian Ilmu Dunia Seni Visual, Muzik
Nilai Murni Kerjasama, Rajin
KBT KB-mengenal pasti, mengumpulkan dan mengelaskan, menjana idea

No comments:

Post a Comment