Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Tuesday 5 June 2012

new

AKTIVITI  TITIAN  KASIH
PROGRAM  BUAL BICARA  BERSAMA  IBU BAPA  DAN GURU
PROGRAM  LINUS
SESI  2012
Pada  23  Mei 2012,  unit  Linus  Sk  Pegagau  telah  mengadakan  program  bual  bicara bersama ibu  bapa  untuk  memberi  pendedahan  kepada  ibu  bapa  berkaitan  dengan  program  Linus. Aktiviti  bermula  pada  jam  8.30  pagi bertempat  di  Bilik  Gerakan  SK  Pegagau.  Aktiviti  dimulakan  dengan  ucapan  alu-aluan  daripada  Guru  Besar  Sk  Pegagau  En.  Haji  Santa  Bin  Amir  Husin.  Beliau  telah  memberi  sedikit  ucapan  berkaitan dengan  program  Linus.  Beliau  juga  telah  menyampaikan  amanat daripada  pihak  kementerian  Pelajaran  Malaysia  berkaitan  hasrat  kerajaan  berkaitan  program  Linus.
Selepas itu,  aktiviti  diteruskan  dengan  penyampaian  penerangan  secara  lebih mendalam  berkaitan  dengan  program  Linus  oleh  penyelaras  Linus  Sk  Pegagau.  Ibu  bapa  diberikan  pendedahan  tentang  perjalanan  program  Linus  di  sekolah  serta  aktiviti-aktiviti  yang  dirancang untuk  murid-murid  Linus.  Guru  juga memberikan  panduan  kepada  ibu  bapa  untuk  membantu  tugas guru memantau  aktiviti  pembelajaran  anak-anak  di rumah.  Ibu bapa  disarankan  untuk  membina  jadual  waktu  belajar  anak-anak  di  rumah mengikut  kesesuaian  anak-anak.  Selain   itu  ibu bapa  juga akan  dibekalkan  dengan  borang  pemantauan  belajar  di  rumah  untuk  mengesahkan  penguasaan  murid  dalam  satu-satu  unit  yang  dipelajari.
Aktiviti  diteruskan dengan  pembentangan  markah  saringan  4  kepada  ibu  bapa.  Pihak  sekolah  juga  telah  mengedarkan  slip  keputusan  saringan  kepada  ibu  bapa.  Pihak  sekolah juga telah memberi  beberapa  saranan buku yang terbaik untuk  digunakan  oleh  anak-anak  sebagai bahan  bacaan  tambahan  kepada anak-anak di rumah.
Setelah itu,  ibu  bapa  bersama  guru  menjamu  selera  dengan  jamuan  ringan  sambil  menonton  tayangan  video  yang  disediakan  berkaitan  dunia anak-anak di  sekolah  sekaligus  berbincang  masalah tingkah  laku  dan  aktiviti  anak-anak  di  rumah  untuk  mengesan  punca  sebenar  pemasalahan  anak-anak  dalam  menguasai kemahiran  asas  Literasi  dan  Numerasi.
Aktiviti  ditamatkan  pada  jam  10.30  pagi dengan  ucapan  terima  kasih  dari  pihak sekolah  yang  disampaikan   oleh  guru besar.
Diharap  dengan  aktiviti seperti ini dapat  memberikan  sedikit  sebanyak  suntikan  motivasi dan  semangat  kepada ibu bapa  untuk  memastikan  ibu bapa  turut mengambil tahu  tentang prestasi  anak-anak  sekaligus  berkongsi pandangan dan  cadangan  untuk  penambahbaikan  dalam  memberi  perubahan  kepada  pendidikan  anak-anak.
 




















No comments:

Post a Comment