KOLEKSI GAMBAR SARINAN
2 (2013)
SARINGAN LISAN
Pada
kali ini, saringan lisan literasi dilaksanakan dalam cara yang agak berlainan.
Berdasarkan pengalaman dalam tahun-tahun lepas menjalankan saringan literasi
lisan, bilangan murid yang menguasai agak rendah. Namun pada kali ini
Alhamdulillah 100% murid linus berjaya menguasai kemahiran lisan literasi pada
saringan kedua. Guru telah memikirkan satu perubahan atau transformasi terhadap
kaedah yang pada kali ini saringan dijalankan dengan menyelitikan unsur
kreativiti dan tidak menjadikan saringan lisan sebagai sesuatu yang agak
formal. Pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam saringan lisan. Guru tidak seharusnya terlalu bergantung
kepada kertas putih semata-mata untuk menjalankan saringan. Saringan boleh juga
dijalankan seperti proses pengajaran didik hibur namun tugas guru hanya sebagai
fasilitator atau membimbing namun murid perlu meneroka sendiri bacaan melalui
aktiviti gerak kerja kelas berkumpulan dan akhir sekali individu. Pada
pandangan saya saringan seumpama ini memberi ruang untuk murid berlatih dan
memudahcara kepada murid untuk melepasi saringan lisan yang dijalankan secara
individu. Kesimpulannya murid perlukan bahan maujud yang boleh dipegang dan
disentuh. Jika dapat menyelitkan gambar itu lebih baik. Kaedah pencerakinan
warna juga dapat sedikit sebanyak membantu murid. Guru perlu lebih berinovasi
dalam menyediakan bahan dan mengeluarkan kesemua item dalam konstruk ke dalam
bentuk yang lebih menarik agar murid lebih bermotivasi untuk belajar dan tidak
terlalu terikat dengan format ujian semata-mata malah pada pandangan saya
saringan lisan literasi boleh juga dijalankan dalam bentuk yang menyeronokkan
murid. Saya yakin guru-guru lain ada pandangan yang berbeza malah lebih baik
dari saya. Sekadar perkongsian dan selamat mencuba.
Langkah 1 : Gerak kerja
kelas
Murid beramai-ramai membaca
sekali imbas item dalam konstruk saingan Literasi Lisan
Dalam
gerak kerja ini saringan dijalankan di luar kelas dan kawasan yang lapang tanpa
gangguan. Bahan bantu disusun di hadapan murid. Atur murid dalam keadaan yang
selesa. Buat gilirian memegang bahan bantu sebagai rangsangan tambahan. Murid
membaca beramai-ramai dengan penuh bersemangat dan guru berperanan mengawal
fokus murid.
Langkah 2 : Gerak kerja berkumpulan
Murid secara berkumpulan
membaca item dalam konstruk saingan Literasi Lisan dalam stesen-stesen secara
bergilir.
Guru
mengatur stesen-stesen. Satu stesen mewakili satu konstruk yang ditandai dengan
1 skital berwarna. Buat stesen dalam bentuk bulatan besar. Masih di kawasan
yang sama. Murid dibahagikan kepada 12 kumpulan mewakili 12 konstruk. Setiap
kumpulan dilantik seorang ketua untuk memantau bacaan ahli-ahlinya. Pertukaran
stesen dibuat setiap 5 minit dan mengikut arah jam.
Langkah 3 : Gerak kerja individu
Murid
secara individu membaca item dalam
konstruk saingan Literasi Lisan dengan pemantauan berfokus daripada guru
Di
dalam kelas murid membaca konstruk yang diletakkan di hadapan kelas secara
individu dan murid yang lain turut menyemak bacaan rakan manakala guru menilai
bacaaan tersebut.