Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Monday, 4 July 2011

Produk Kursus

Masa : 12.30 – 1.30 Petang
Kelas : 2 Cerdik
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bil. Murid : 40 Orang
Tempat : Makmal Komputer
Tema : Makanan Untuk Kesihatan
Tajuk : Makanan Seimbang
Fokus utama : Menyatakan dan menyebut sesuatu dengan menggunakan ayat dan bahasa yang betul dan tepat.
Aras 2(i) menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.
Fokus sampingan : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (iii) memahami perkataan , frasa dan ayat.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :-
1. Mengenalpasti dan mengkelaskan maklumat berkaitan dengan jenis-jenis makanan seimbang mengikut komponen zat menggunakan ayat dan bahasa yang betul.
2. Melengkapkan ayat mudah dan melafazkan ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aktiviti :
1. Set induksi ( 5 minit )
i)Menyanyikan lagu “ Yang Mana Satu “ Melodi lagu P. Ramlee.
ii)Guru memaparkan slaid lirik lagu dan menyanyi bersama-sama dengan murid.
iii)Guru mengaitkan lagu yang dinyanyikan dengan tajuk pelajaran iaitu Makanan Seimbang.
2. Perkembangan ( 20 minit)
i)Penerangan oleh guru berpandukan slide berkaitan dengan jenis-jenis makanan seimbang mengikut kelas makanan iaitu Vitamin, Protein, Garam mineral, Lemak dan Karbohidrat.
ii)Guru memaparkan gambar makanan dan menerangkan nama kepada makanan tersebut serta komponen zat yang terdapat di dalamnya.
iii)Guru memaparkan beberapa gambar dan menceritakan perihal makanan seimbang berdasarkan gambar tersebut.

3. Kemuncak ( 25 minit )
i)Permainan Bahasa : Mengenalpasti gambar dan membina ayat berpandukan gambar dalam bentuk ayat mudah. Dalam aktiviti berkumpulan 4 orang murid setiap kumpulan akan diberikan gambar di dalam komputer masing-masing kemudian menaip ayat mudah berdasarkan gambar tersebut dan dibentangkan di hadapan kelas.
ii)Mengkategori Gambar : Dalam aktiviti berkumpulan 4 orang murid setiap kumpulan. Guru menyediakan satu folder di setiap komputer pelajar kemudian meminta mereka mengelaskan dan menyusun gambar jenis makan di dalam folder tersebut mengikut kategori zat makanan dan dibentangkan di hadapan kelas.
4. Penutup ( 10 minit )
i)Guru memaparkan dan menayangkan video yang berkaitan dengan makanan seimbang untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid.
ii)Sesi soal jawab guru dan murid untuk memperkukuhkan kefahaman berkaitan tajuk.
iii)Di akhir pelajaran, guru merumuskan semula pelajaran berkaitan jenis-jenis makanan seimbang mengikut komponen zat.
iv)Guru mengedarkan lembaran kerja untuk latihan murid di rumah

Bahan P&P
1. Komputer / speaker / powerpoint / slaid
2. Buku teks / latihan
3. Lembaran kerja murid
Isi Pelajaran
1. Lirik lagu “Yang Mana Satu”
2. Pengenalan kepada makanan seimbang iaitu makanan yang sihat dan mengandungi zat seperti karbohidrat, Garam mineral, Protein, Vitamin dan Lemak.
3. Jenis-jenis nama makanan seperti nasi, bijirin, roti, sayuran, buah-buahan, ikan, daging, susu dan sebagainya.
4. Mengkelaskan jenis-jenis makanan tersebut mengikut komponen zat contohnya:-
• Karbohidrat : Nasi, bijirin, roti
• Lemak : Minyak, Daging
• Protein : Roti, Telur
• Garam mineral : Sayur-sayuran
• Vitamin : Buah-buahan
Sistem bahasa : Ayat tunggal : Buah-buahan mengandungi vitamin, Roti ialah karbohidrat
Kata nama Am : Karbohidrat, Garam mineral, Protein, Vitamin, Lemak, Pisang, Sayur, Roti
Kosa kata : Karbohidrat, Garam mineral, Protein, Vitamin, Lemak, Pisang, Sayur, Roti
Pengisian kurikulum:-
Ilmu : Sains, KT, PJK
Nilai : Menghargai kesihatan fizikal dan mental.
Kem. Bernilai Tambah :-
Mengkategori dan Meramal : Gambar jenis makanan mengikut komponen zat.
Kemahiran ICT ( menaip ayat menggunakan komputer )
Kecerdasan Pelbagai Murid : Konstruktivisme, Kontekstual, TMK

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membaca dan memahami perkataan
(1.1) Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Menyebut, mencerakin, mengeja, membaca dan memahami sekurang-kurangnya 5 perkataan suku kata terbuka KV+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan gambar
2. Menyebut perkataan lain yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan gambar.
3. Latih tubi membaca kad perkataan( slaid )
4. Membaca frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka KV+KV.
Bahan :
1. Gambar
2. Slaid
3. Komputer
4. Speaker
Isi Pelajaran :
1. Roti
2. Dada
3. Cili
4. Susu
4. Pipi
5. Gigi
6. Mata
7. Sudu
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan gambar dan menyebut perkataan lain yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan gambar.

Cili

Susu

Sudu

Roti

Dada

Gigi

Mata

Membaca frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka KV+KV.

Roti
Roti kaya
Ini roti kaya


Bola
Bola hoki
Ini bola hoki


Baju
Baju baharu
Ini baju baharu Nani


Paku
Paku besi
Ini paku besi

inFo BM

Asalamualaikum, bertemu lagi kita pada hari ini. Pada hari ini saya akan berkongsi tentang pengajaran aliran LINUS. Sebelum itu, saya ingin berkongsi konsep yang diambil kira dalam pendekatan literasi ialah bersepadu, ansur maju, didik hibur, penggabungjalinan, pengulangan, pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan kecil, pengajaran melalui bimbingan, mengajar perkara yang belum dikuasai dan mengukuhkan perkara yang telah dikuasai. Berikut merupakan beberapa strategi pengajaran:-
• Pendekatan
• Kaedah
• Teknik
• Aktiviti
• BBM
• Penilaian
Untuk mencapai strategi pengajaran yang dirancang, guru harus:-
• Memahami kurikulum
• Menghalusi kemahiran bahasa
• Menyusun semula kemahiran
• Merangka dan merancang strategi pengajaran.
Pendekatan yang dicadangkan:-
• Berpusatkan guru
• Berpusatkan murid
• Berpusatkan bahan
• Konstruktivisme
• Induktif
• Deduktif
• Masteri
• Kontekstual
Merangsang murid dengan semua deria yang ada dalam pengajaran:-
• Penglihatan
• Pendengaran
• Kinestatik
Kaedah Mengajar Mendengar dan Bertutur:-
• Memberi arahan
• Resitation
• Pebincangan
• Soal Jawab
• Latih tubi
• Sumbang saran
Kaedah Mengajar Membaca dan Menulis:-
• Papan Hitan
• Buku kerja
• Buku teks
• Papan bulletin
• Penyelesaian masalah
• Pengambilan nota
• Pengajaran individu
• Pengajaran berprogram

Sunday, 3 July 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tema 1 : Dunia Kami

Asalamualaikum dan salam sejahtera..pada hari ini saya akan memaparkan rancangan pengajaran harian saya dan bahan pengajaran yang saya gunakan untuk mengajar. Tajuk pengajaran saya pada hari ini ialah Tahun Dua Cerdik di bawah tema 1 iaitu Dunia Kami khusus untuk pengajaran aliran perdana. Esok saya akan memaparkan tajuk yang berkaitan pengajaran aliran Linus.. Saya harap bahan ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 B
Tema : Dunia Kami
Tajuk : Tahun Dua Cerdik
Fokus Utama : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan harian dengan menggunakan kata, ayat, sebutan dan intonasi yang sesuai. Aras 1 (ii) Melafazkan ucapan secara bertatasusila.
Fokus Sampingan : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan harian dengan menggunakan kata, ayat, sebutan dan intonasi yang sesuai. Aras 2 (i) Menggunakan kata panggilam dan kata ganti diri yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
  1. Bertutur berdasarkan teks.
  2. Bertutur secara bertatasusila.
Akitiviti :  Murid menjalankan aktiviti :-
  1. Set Induksi ( 5 minit ) - Guru mempamerkan gambar kelas.
  2. Perkembangan ( 20 minit ) - Guru mengarahkan murid membaca teks dalam paparan skrin komputer secara bergilir dan membetulkan bacaan murid.
  3. Kemuncak ( 25 minit ) - Latihan Pemahaman. Isi tempat kosong. " Tahun Dua Cerdik "
  4. Penutup  ( 10 minit ) - Lembaran Kerja, Guru merumuskan tajuk pengajaran.
Bahan/ Alat Bantu :- 
  1. Speaker
  2. Power Point/ Slaid
  3. Komputer
  4. Buku Latihan/ Kerja
Sistem Bahasa
Tatabahasa : Kata Nama, Tanda Baca

Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Muzik, PSV
Nilai : Kasih sayang
Kemahiran Berfikir : Menjana Idea
Kemahiran Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal


Bahan Pengajaran:-
Gambar Kelas ( Set Induksi )











Teks Cerita (Puisi) "Dunia Kami Di Sekolah" (Perkembangan)

 
























Latihan Pemahaman ( Kemuncak )
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. ( 5 soalan )

Nama saya Hamdan. Saya (1) bersekolah di Sk Batu Putih, Tawau. Saya (2) belajar dalam kelas Tahun 2 Cerdik. Nama guru kelas saya  ialah Cikgu Siti Aminah. Beliau (3) mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. Kelas saya sangat cantik dan bersih. Saya sangat (4) sayang akan kelas saya. Pada hari ini, seorang (5) murid baru telah masuk ke dalam kelas kami. Nama murid baru itu ialah Sulaiman. Sulaiman duduk di sebelah saya.


    Thursday, 30 June 2011

    inFo BM

    Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
    Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
    Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
    Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
    Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
    Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
    Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

    Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia

    Untuk rencana lanjutan, lihat Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia atau Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
    Tiada boleh dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu Piawai dan bahasa Indonesia kerana bahasa Indonesia sendiri didasarkan kepada bahasa Melayu dialek Riau yang merupakan bahasa Melayu Piawai. Namun, jika dibezakan daripada segi sejarah, budaya, perlakuan tata bahasa masing-masing, dll dengan bahasa Malaysia jelas adalah perbezaan yang ketara. Kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata jua. Bahasa Indonesia berbeza daripada Bahasa Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Tanah Jawa, Tanah Melayu, dan Belanda.

    Sejarah Bahasa Melayu

    Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. [2] Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
    1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi
    2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi
    3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
    4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
    Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

    Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

    Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah
    Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. [2] Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro. [2]
    Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu:
    1. bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara)
    2. bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori
    3. bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian
    4. bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. [2]
    Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
    Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

    Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu

    Untuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
    Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.

    Perkembangan Bahasa Melayu

    Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

    Perubahan Aksara Penulisan Bahasa Melayu Sehingga Kini

    Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

    Pengaruh daripada bahasa asing

    Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.

    Pengaruh Bahasa Sanskrit

    Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:
    1. Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
    2. Talang Tuwo, Palembang (684 M)
    3. Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
    4. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).
    Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
    Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
    Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
    dosa dosa
    dukkha duka
    deva dewa
    rupa rupa
    samsara sengsara

    Pengaruh Bahasa Jawa

    Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
    • Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
    • Pengaruh melalui interaksi sosial dan ekonomi
    Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
    Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.
    Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.
    Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
    Perkataan Maksudnya
    Andong Kereta kuda(sewaan)
    Batok tempurung
    berangasan mudah naik marah
    wedana ketua daerah
    adipati raja

    Pengaruh Arab-Islam

    Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya:
    1- perbendaharaan kata
    2- sebutan kata
    3- tulisan

    1- Perbendaharaan Kata

    Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
    Bahasa Arab Bahasa Melayu
    Abba Abah
    Syukr Syukur
    Jadwal Jadual
    Qamus Kamus
    Subh Subuh
    Waqtu Waktu
    Hayawan Haiwan
    Wajh Wajah
    Aqal Akal
    Dunya Dunia
    Mahkamah Mahkamah
    Asal Asal
    Mas'alah Masalah
    Hadyah Hadiah
    Sadaqah Sedekah
    Mawt Maut
    Quwat Kuat
    Janin Janin
    Kitab Kitab

    2- Sebutan Kata

    Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul.
    Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab.
    Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu:
    Abdullah

    maklumat

    iklan

    qadhi

    3- Tulisan

    Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.
    Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

    Pengaruh Bahasa Cina

    Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina.
    Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu:
    1. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan.
    2. Barang kegunaan harian.
    3. Adat istiadat.
    4. Bangunan dan tempat.
    5. Permainan perjudian dan kepercayaan
    6. Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial.
    7. Kenderaan dan alat pengangkutan.
    8. Perkataan lain-lain.
    Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan Bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli Bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata Bahasa Cina.
    Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:
    1. Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal
      • Anglo
      • Apek
      • Cingge
      • Kaleng
      • Kongsi
      • Lio
      • Liong
      • Lisong
      • Lokcuan
      • Mahjong
      • Panglong
      • Singkong
      • Taikong
    2. Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan
      • Angpau
      • Bangpak
      • Camca
      • Kamsia
      • Samsu
      • Samseng
    3. Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal
      • Beca
      • Camca
      • Kekwa
      • Nyonya
      • Popia
      • Misoa
      • Mua
      • Sempoa
      • Taukua
    4. Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal
      • Popia
      • Misoa
      • Sempoa
      • Siya
      • Taukua
    Prilaku fonologi pinjaman kata Bahasa Cina adalah bertentangan sistem fonologi bahasa Melayu.

    Pengaruh Portugis

    Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[3]Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah:
    Bahasa Portugis Bahasa Melayu
    Armario Almari
    Bola Bola
    Camisa Kemeja
    Dado Dadu
    Kursi Kerusi
    Garfo Garpu
    Igreja Gereja
    Limao Limau
    Menteiga Mentega
    Domingo Minggu
    Padre Paderi
    Menteiga Mentega
    Toalha Tuala
    Janela Jendela
    Escola Sekolah
    Sabado Sabtu
    Sabao Sabun
    Sapato Sepatu

    Pengaruh Inggeris

    Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.

    Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.

    Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
    Book Buku
    Lamp Lampu
    Ball Bola
    Mind Minda
    Cheque Cek
    Bus Bas
    Taxi Teksi
    Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.

    Frasa mudah dalam Bahasa Melayu

    Di Malaysia, biasanya masyarakat Melayu bertegur sapa sesama sendiri dengan ucapan salam, tetapi ucapan formal seperti "Selamat pagi" atau "Selamat sejahtera" turut digunakan bagi penutur bukan Islam. Ucapan "Hai" juga sering digunakan apabila bertegur sama sesama rakan-rakan, sebagaimana perkataan "Bye-bye" semasa meminta diri untuk beredar.
    Frasa bahasa Melayu IPA
    Selamat datang /səlamat dataŋ/
    Selamat jalan /səlamat dʒalan/
    Selamat tinggal /səlamat tiŋgal/
    Terima kasih /tərima kasih/
    Sama-sama /sama sama/
    Selamat pagi /səlamat pagi/
    Selamat petang /səlamat pətaŋ/
    Selamat sejahtera /səlamat sədʒahtəra/
    Selamat malam /səlamat malam/
    Jumpa lagi /jumpa lagi/
    Siapakah nama awak?/Nama awak siapa? /siapakah nama awak/ atau /nama awak siapa/
    Nama saya ... /nama saya/ (diikuti dengan nama)
    Apa khabar? /apa kabar/
    Khabar baik /kabar baik/
    Saya sakit /saya sakit/
    Ya /ja/
    Tidak (bukan formal: "tak") /tidak/ atau /tak/
    Ibu (Saya) sayang engkau/kamu (awak)
    Aku (Saya) cinta pada mu (awak)
    Saya benci awak
    Saya tidak faham (tidak formal: "tak faham")
    Saya tidak tahu (tidak formal: "tak tau" ataupun "sik tau" di Sarawak)
    (Minta) maaf
    Tumpang tanya
    (Minta) tolong
    Apa
    Tiada

    Bahasa pasar serta penggunaan kontemporari

    Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya awek (gadis); balak (jejaka); usha (perhati); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (buruk) dll. Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami); korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang); diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).
    Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur, juga sering menukar bahasa (beralih kod) antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni); kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Akibatnya, fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul

    Wednesday, 29 June 2011

    JuRnaL HaRian KurSus

    Taklimat kursus di bilik Sri Kinabalu

    Taklimat Konsep TCPK
    Taklimat Membina Bahan Audio, Video, Imej, Teks dan Grafik


    Ceramah Motivasi

    Tuesday, 28 June 2011

    SEKAPUR SIRIH UNTUK RAKAN-RAKAN

    Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan untuk menghasilkan dan mencipta blog saya sendiri pada hari ketiga saya berkursus di IPG Tawau..syukur dan terima kasih kepada guru pembimbing dan rakan-rakan kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan blog ini. Blog ini dibina bagi mengumpul rancangan pengajaran, bahan pengajaran dan info Bahasa Melayu khususnya aliran LINUS Literasi yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Kami berharap agar blog ini nanti boleh menjadi rujukan kepada para palajar. Blog ini baru dilancarkan dan masih dalam proses penambahbaikan dan pengemaskinian.....harapan saya melalui blog ini, kita dapat bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu khususnya dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi.....pada akhir kursus ini saya berharap dapat memperoleh sebanyak mana ilmu untuk dipelajari dan dikongsi untuk digunakan apabila kembali ke sekolah kelak....diharap rakan-rakan tidak segan-segan untuk bersama-sama dalam ruangan ini untuk berkongsi ilmu.....sekian...