Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..
Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT
Tuesday, 5 June 2012
new
AKTIVITI
TITIAN KASIH
PROGRAM BUAL BICARA
BERSAMA IBU BAPA DAN GURU
PROGRAM LINUS
SESI 2012
Pada 23 Mei
2012, unit Linus
Sk Pegagau telah
mengadakan program bual
bicara bersama ibu bapa untuk
memberi pendedahan kepada
ibu bapa berkaitan
dengan program Linus. Aktiviti bermula
pada jam 8.30
pagi bertempat di Bilik
Gerakan SK Pegagau.
Aktiviti dimulakan dengan
ucapan alu-aluan daripada
Guru Besar Sk
Pegagau En. Haji
Santa Bin Amir
Husin. Beliau telah
memberi sedikit ucapan
berkaitan dengan program Linus.
Beliau juga telah
menyampaikan amanat daripada pihak
kementerian Pelajaran Malaysia
berkaitan hasrat kerajaan
berkaitan program Linus.
Selepas itu, aktiviti
diteruskan dengan penyampaian
penerangan secara lebih mendalam berkaitan
dengan program Linus
oleh penyelaras Linus
Sk Pegagau. Ibu
bapa diberikan pendedahan
tentang perjalanan program
Linus di sekolah
serta aktiviti-aktiviti yang
dirancang untuk murid-murid Linus.
Guru juga memberikan panduan
kepada ibu bapa
untuk membantu tugas guru memantau aktiviti
pembelajaran anak-anak di rumah.
Ibu bapa disarankan untuk
membina jadual waktu
belajar anak-anak di
rumah mengikut kesesuaian anak-anak.
Selain itu ibu bapa
juga akan dibekalkan dengan
borang pemantauan belajar
di rumah untuk
mengesahkan penguasaan murid
dalam satu-satu unit
yang dipelajari.
Aktiviti diteruskan dengan pembentangan
markah saringan 4
kepada ibu bapa.
Pihak sekolah juga
telah mengedarkan slip
keputusan saringan kepada
ibu bapa. Pihak
sekolah juga telah memberi
beberapa saranan buku yang
terbaik untuk digunakan oleh
anak-anak sebagai bahan bacaan
tambahan kepada anak-anak di
rumah.
Setelah itu, ibu
bapa bersama guru
menjamu selera dengan
jamuan ringan sambil
menonton tayangan video
yang disediakan berkaitan
dunia anak-anak di sekolah sekaligus
berbincang masalah tingkah laku
dan aktiviti anak-anak
di rumah untuk
mengesan punca sebenar
pemasalahan anak-anak dalam
menguasai kemahiran asas Literasi
dan Numerasi.
Aktiviti ditamatkan
pada jam 10.30
pagi dengan ucapan terima
kasih dari pihak sekolah
yang disampaikan oleh
guru besar.
Diharap dengan
aktiviti seperti ini dapat
memberikan sedikit sebanyak
suntikan motivasi dan semangat
kepada ibu bapa untuk memastikan
ibu bapa turut mengambil
tahu tentang prestasi anak-anak
sekaligus berkongsi pandangan
dan cadangan untuk
penambahbaikan dalam memberi
perubahan kepada pendidikan
anak-anak.
Monday, 4 June 2012
selamat kembali....
setelah lama blog ini tak ter update....banyak perancangan yang dibuat untuk murid-murid Linus. Sk Pegagau telah mewujudkan satu trademark untuk unit Linus di mana kami menjadikan trademark ini sebagai satu lambang usaha guru-guru d sk pegagau yang gigih menyiapkan bahan bantu mengajar yang berunsurkan ICT. Selain itu juga, pada tahun 2012 Sk Pegagau telah merangka satu program untuk murid-murid Linus iaitu satu program yang dinamakan Tititan Perdana..segala maklumat lanjut berkenaan program ini dapat di ikuti dalam post seterusnya..
Thursday, 3 November 2011
salam kembali....
setelah lama selesai menghabiskan kursus..baru sekarang kembali.....hihihi...banyak yang perlu dirancang untuk tahun hadapan..lebih-lebih lagi apabila beralih tugas kepada guru pemulihan khas tambahan...
Subscribe to:
Posts (Atom)