Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Wednesday 9 October 2013

saringan 2(Linus Literasi-Bertulis)

Saringan Bertulis
Pada minggu ini guru-guru linus agak sibuk menjalankan saingan bertulis. Diharap guru-guru terus konsisten dan bersemangat dalam mejalankan tugas. Teruskan membimbing murid dan perbetulkan kesilapan murid dengan semaksimum yang boleh melalui pelbagai kaedah bimbingan. Perbincangan dalam kumpulan juga membantu murid mengesan kesilapan. Bimbingan rakan lain dapat membantu murid menjawab soalan. Apa yang penting wujudkan ruang yang selesa bagi murid. Dalam kes sekolah saya, prasarana kelas yang sedang menjalankan kerja-kerja dibaikpulih maka saya mengambil keputusan mengadakan saringan di bilik gerakan SK Pegagau.








Saringan 2 (Linus Literasi-LISAN)



KOLEKSI GAMBAR SARINAN 2 (2013)
SARINGAN LISAN
Pada kali ini, saringan lisan literasi dilaksanakan dalam cara yang agak berlainan. Berdasarkan pengalaman dalam tahun-tahun lepas menjalankan saringan literasi lisan, bilangan murid yang menguasai agak rendah. Namun pada kali ini Alhamdulillah 100% murid linus berjaya menguasai kemahiran lisan literasi pada saringan kedua. Guru telah memikirkan satu perubahan atau transformasi terhadap kaedah yang pada kali ini saringan dijalankan dengan menyelitikan unsur kreativiti dan tidak menjadikan saringan lisan sebagai sesuatu yang agak formal. Pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk meningkatkan penguasaan murid dalam saringan lisan. Guru tidak seharusnya terlalu bergantung kepada kertas putih semata-mata untuk menjalankan saringan. Saringan boleh juga dijalankan seperti proses pengajaran didik hibur namun tugas guru hanya sebagai fasilitator atau membimbing namun murid perlu meneroka sendiri bacaan melalui aktiviti gerak kerja kelas berkumpulan dan akhir sekali individu. Pada pandangan saya saringan seumpama ini memberi ruang untuk murid berlatih dan memudahcara kepada murid untuk melepasi saringan lisan yang dijalankan secara individu. Kesimpulannya murid perlukan bahan maujud yang boleh dipegang dan disentuh. Jika dapat menyelitkan gambar itu lebih baik. Kaedah pencerakinan warna juga dapat sedikit sebanyak membantu murid. Guru perlu lebih berinovasi dalam menyediakan bahan dan mengeluarkan kesemua item dalam konstruk ke dalam bentuk yang lebih menarik agar murid lebih bermotivasi untuk belajar dan tidak terlalu terikat dengan format ujian semata-mata malah pada pandangan saya saringan lisan literasi boleh juga dijalankan dalam bentuk yang menyeronokkan murid. Saya yakin guru-guru lain ada pandangan yang berbeza malah lebih baik dari saya. Sekadar perkongsian dan selamat mencuba.

Langkah 1 : Gerak kerja kelas
Murid beramai-ramai membaca sekali imbas item dalam konstruk saingan Literasi Lisan
Dalam gerak kerja ini saringan dijalankan di luar kelas dan kawasan yang lapang tanpa gangguan. Bahan bantu disusun di hadapan murid. Atur murid dalam keadaan yang selesa. Buat gilirian memegang bahan bantu sebagai rangsangan tambahan. Murid membaca beramai-ramai dengan penuh bersemangat dan guru berperanan mengawal fokus murid.











 Langkah 2 : Gerak kerja berkumpulan
Murid secara berkumpulan membaca item dalam konstruk saingan Literasi Lisan dalam stesen-stesen secara bergilir.
Guru mengatur stesen-stesen. Satu stesen mewakili satu konstruk yang ditandai dengan 1 skital berwarna. Buat stesen dalam bentuk bulatan besar. Masih di kawasan yang sama. Murid dibahagikan kepada 12 kumpulan mewakili 12 konstruk. Setiap kumpulan dilantik seorang ketua untuk memantau bacaan ahli-ahlinya. Pertukaran stesen dibuat setiap 5 minit dan mengikut arah jam. 






Langkah 3 : Gerak kerja individu
Murid secara individu  membaca item dalam konstruk saingan Literasi Lisan dengan pemantauan berfokus daripada guru
Di dalam kelas murid membaca konstruk yang diletakkan di hadapan kelas secara individu dan murid yang lain turut menyemak bacaan rakan manakala guru menilai bacaaan tersebut.







Permainan Perkataan : Sahiba