Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Saturday 30 June 2012

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM TITIAN PERDANA SK PEGAGAU SEMPORNA 2012 
Hasil daripada perbincangan dan perancangan Unit Linus , Program Titian Perdana telah bermula pada semester kedua dalam tahun 2012. 

Kelas Bimbingan Intensif
 Kelas bimbingan ini telah berjalan mengikut jadual dan perancangan pengajaran yang telah disusun berdasarkan modul yang disediakan. U nit Linus juga telahmenyediakan rekod kawalan kelas beserta rekod mengajar. Bahan bantu mengajar, carta gambar dan perkataan beserta dengan buku telah disediakan. Sasaran adalah murid tahun 2 dan kelas ini dijalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Rabu. Seramai 20 orang murid-murid yang lemah di kelas tahun 2A telah dikenalpasti dan dipilih untuk menjalani kelas bimbingan ini. Petunjuk keberkesanan prestasi murid diukur melalui ujian ringkas dan murid secara beransur-ansur akan menamatkan kelas bimbingan setelah benar-benar menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi. Selain itu, lembaran pemantauan ibu bapa di rumah juga disediakan untuk membantu keberkesanan program ini. Sambutan guru-guru dan murid-murid agak memberansangkan.














Sesi Bimbingan Di Bilik Guru 
Sasaran murid untuk sesi ini adalah murid tahun 3 yang dikenalpasti masih lemah. Seramai 4-5 orang murid akan dipilih oleh guru mata pelajaran untuk menjalani sesi ini di bilik guru sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Murid diberikan bahan bacaan mengikut tahap murid tersebut. Guru-guru yang mempunyai masa terluang akan memantau bacaan murid seorang demi seorang secara lebih dekat lagi. Sambutan guru-guru dan murid-murid agak memberansangkan. 













Kelas Bergabung Di Luar Bilik Darjah
Sasaran bagi kelas bergabung ini ialah murid tahun 2A dan tahun 1A. Kelas bergabung ini dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Murid-murid diajar mengikut kemahiran yang sama dan pengajaran dilaksanakan dalam bentuk sukaneka. Sambutan murid amat memberangsangkan. Kekuatan program ini murid amat seronok dan mudah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. 


 
Tarikh 25 JUN 2012 (ISNIN)
Masa 4.20-5.20 Petang
Kelas 2A
Mata Pelajaran Bahasa Melayu- Literasi ( ALIRAN LINUS )
Unit Membaca, menulis perkataan suku kata tertutup ng
Tema Makanan
Kemahiran 1.13-Membaca dan memahami perkataan yang suku kata tertutup ng
Aktiviti 1. Membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 2. Mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar. 3. Menceerakinkan perkataan berdasarkan gambar yang diberi. 4. Membaca perkataan yang dicerakinkan. 5. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan dengan betul. 6. Aktiviti pengukuhan seperti membaca dan memadankan gambar. Bahan/Alatan Modul Murid Buku Latihan Kad Perkataan Gambar/TV/Laptop
Isi Pelajaran
1. Udang
2. Jagung
 3. Kentang
 4. Bawang
5. Kangkung
6. Kerang
 7. Pisang
8. Terung
 9. Daging
10. Rebung
Objektif Pada akhir pelajaran murid dapat:-
 1. Membaca dan memahami sekurang-kurangnya 9 daripada 10 perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng dengan betul.
Sistem Bahasa Kata Nama Khas
Pengisian Ilmu Dunia Seni Visual, Muzik
 Nilai Murni Kerjasama, Rajin

Thursday 14 June 2012

RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN
Tarikh : 11 JUN 2012 (ISNIN)
Masa :   4.20-5.20 Petang
Kelas :  2A
Mata Pelajaran  : Bahasa Melayu- Literasi ( ALIRAN LINUS )
Unit :  Membaca, menulis perkataan yang mengandungi e taling e pepet dan o.
Tema :  Alam Haiwan
Kemahiran :  3.4-Membaca dan memahami frasa yang mengandungi e taling e pepet dan o.
Aktiviti
1. Bimbing murid membaca frasa yang mengandungi e taling, e pepet dan o.
2. Latih tubi mengeja dan membaca frasa yang mengandungi e taling, e pepet dan o.
 3. Pengukuhan melalui aktiviti didik hibur iaitu permainan bahasa.

Bahan/Alatan : Modul Murid, Buku Latihan, Kad Perkataan, Gambar/TV/Laptop
Isi Pelajaran 1. Monyet berang 2. Penyu besar 3. Ketam perang 4. Beruang hitam 5. Sotong licin 6. Orang utan berbulu
Objektif :-
Pada akhir elajaran murid dapat:-
1. Membaca dan memahami sekurang-kurangnya 9 daripada 10 frasa yang mengandungi perkataan yang mengandungi e taling, e pepet dan o dengan betul.
Sistem Bahasa :  Kata Nama Khas
Pengisian Ilmu  : Dunia Seni Visual, Muzik
Nilai Murni :  Kerjasama, Rajin
KBT : KB-mengenal pasti, mengumpulkan dan mengelaskan, menjana idea
Cadangan  Kertas  Kerja  Program  Titian  Perdana  Sk  Pegagau,  Semporna
01. Tajuk Kertas 
Kerja Kertas kerja menjalankan Program Titian Perdana iaitu program sampingan yang dirancang bertujuan untuk memberi bimbingan tambahan secara intensif dan bagi murid-murid Linus dan Linus Tegar. 

02. Tujuan Kertas kerja ini dikemukakan kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan program ini bagi untuk meningkatkan prestasi murid-murid khususnya dalam program Linus. 

03. Objektif Matlamat dan objektif ruangan ini diwujudkan adalah untuk:-
 i. Memberi bimbingan kepada murid-murid secara intensif
 ii. Memastikan murid diberikan masa berkualiti untuk aktiviti Literasi dan Numerasi 
iii. 100% murid menguasai sekurang-kurangnya asas membaca dan mengira sebelum naik ke tahun 4. 
iv. Mewujudkan pendidikan berbentuk didik hibur. 
Semua matlamat dan tujuan yang disenaraikan seperti diatas adalah bertunjangkan kepada Pelan Strategik LINUS di mana ia salah satu usaha untuk memastikan perjalanan program LINUS dapat merealisasikan hala tuju visi dan misi Unit Linus di peringkat sekolah. Diharap program ini dapat menjadi modus operandi bagi sekolah sekaligus melonjakkan kecemerlangan khususnya dalam asas bacaan dan mengira. 

04. Maklumat Program Program ini lebih kepada konsep 3 dalam 1 di mana di bawah Program Titian Perdana di Sk Pegagau, 3 aktiviti dirancang dalam seminggu waktu persekolahan dan meliputi semua penglibatan murid tahun 1, 2 dan 3. 
Aktiviti Program Titian Perdana:- 

Kelas Bimbingan Intensif 
Masa : 11.30-12.00 tgh (Literasi) 12.00-12.30 tgh (Numerasi) 
Hari : Setiap Isnin dan Rabu
Tempat : Pusat Sumber Sk Pegagau 
Sasaran : Murid Tahun 2A Jadual Waktu Guru Mengajar ( Rujuk Lampiran ) 

Aktiviti Bimbingan Di Bilik Guru ( Konsep Anak Angkat Guru ) 
Masa : 12.30-4.20 Petang 
Hari : Selasa ( Literasi ) dan Khamis ( Numerasi ) 
Tempat : Bilik Guru Sk Pegagau 
Sasaran : Murid Tahun 3A ( 3 orang )rujuk lampiran 

Kelas Gabungan Di Luar Bilik Darjah 
Masa : 4.20-5.20 petang 
Hari : Jumaat 
Tempat : Padang Sekolah 
Sasaran : Murid Tahun 1 dan 2 
Kaedah Pengajaran : Permainan & Sukaneka 

05. Penyertaan Guru-guru yang terlibat dalam projek ini ialah seperti dalam senarai Ahli Jawatankuasa Linus. Modul pengajaran ini dirancang dan disuai pakai mengikut kesesuaian sekolah hasil daripada perbincangan guru-guru Linus 

 06. Jawatan Kuasa Pelaksana - Pn. Siti Mariam Binti Jakaria (Literasi) - Pn. Sharifah Aini Abdul Rahman (Literasi) - Pn. Diana Binti Abdul Salam (Literasi) -En. Abdul Rauf Bin Rejalun (Numerasi) -Pn. Rukaiyah Binti Bullat (Numerasi) - En.Hussien Bin Mosten(Numerasi) 

07.Penutup Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan untuk mengadakan program ini bagi kepentingan semua murid-murid di SK Pegagau sekaligus melonjakkan lagi kecemerlangan khususnya dalam pencapaian prestasi unit LINUS. Sebarang kekurangan pihak saya memohon kemaafaan. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday 5 June 2012

Dalam Perancangan Lagi......

Program Titian Perdana Kelas Bimbingan Intensif ( Sifar Linus ) 
Pengenalan Program 
Titian Perdana diwujudkan dengan matlamat untuk memastikan murid-murid Linus (Literasi&Numerasi) di Sk Pegagau mendapat bimbingan secara intensif dan berkualiti. Program ini diwujudkan pada tahun 2011 dengan sasaran murid Linus Kohort 1. 
Matlamat Program 
Sasaran pihak sekolah adalah untuk memastikan murid-murid dapat menguasai asas kemahiran membaca dan mengira sebelum naik ke tahap 2 menjelang tahun 2013. 
Proses ( Modus-operandi) 
Masa : 1  jam sebelum  jadual  P&P  harian  bermula
Tempat : Pusat Sumber Sk Pegagau 
Kelas : 2A 
Bil. Murid : Berdasarkan keputusan data saringan semasa 
Corak pengajaran 
Dalam setiap sesi 2 orang guru akan menjalankan sesi pengajaran di mana setiap orang guru mempunyai peranan pada satu-satu masa bergantung kepada perbincangan guru. Salah seorang daripada guru berperanan untuk memantau penglibatan murid dalam kelas ini. Modul Pengajaran ini telah diambil dan diguna pakai seperti modul pengajaran di negara Scotland yang mana negara ini telah mendapat pengiktirafan dunia. Selain itu juga guru memeriksa kad rekod bacaan di rumah yang telah ditandatangan oleh ibu bapa sebagai bukti bahawa bahan bacaan telah dibaca di rumah. Bimbingan di rumah ini sesuai dengan persetujuan dan komitmen yang dibentuk oleh ibu bapa dan guru setelah perjumpaan Titian Kasih yang telah diadakan. 
Kaedah pembelajaran 
Kaedah masteri ( Murid kuasai sepenuhnya baru berpindak ke unit lain ) Bahan Pengajaran Berdasarkan Modul yang disediakan