Mari Belajar Bersama Cikgu Mariam..

Mari Belajar Bahasa Melayu (LINUS ) Melalui ICT

Tuesday 19 July 2011

Produk Kursus

1. Senaraikan 6 orang Perdana Menteri Malaysia mengikut urutan.
-
-
-
-
-
-

2. Nyatakan siapakah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah?
-

3. Siapakah yang digelar sebagai Bapa Perpaduan?
-

4. Pada pendapat anda, sebagai rakyat Malaysia apakah tanggungjawab kita kepada negara?
-
-
-
-
-

Sunday 17 July 2011

Produk Kursus

Produk Kursus

Berikut merupakan satu bentuk dan contoh penulisan yang berkaitan dengan rangka persediaan mengajar dan rancangan pengajaran harian yang lengkap. Ianya menepati objektif dalam memberi satu inovasi atau pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan pengajaran beralih daripada kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih interaktif iaitu dengan menggabungkan unsur ICT. Melalaui pengajaran ini, pelajar akan lebih tertarik dan bermotivasi untuk belajar. Penggabungjalinan ini tidak hanya terhad kepada pengetahuan isi pelajaran malahan pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran menggunakan ICT secara langsung. Objektif pelajaran juga dibina mengikut 2 komponen ini iaitu ICT/TMK dan isi pelajaran. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga guru telah merangka aktiviti yang melibatkan 4 mod dalam TMK iaitu penerokaan, aplikasi, tutorial dan komunikasi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

MAKLUMAT UMUM

Tarikh : 30 Ogos 2011

Masa : 11.00 – 12.00 Tengah hari ( 1 jam )

Tahap : 2

Kelas : 5 Bestari

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Bilangan : Murid20 orang ( 10 orang lelaki, 10 orang perempuan )

Tempat : Makmal Komputer II SK Pegagau, Semporna.

MAKLUMAT KHUSUS

Tema : Patriotisme

Tajuk : Negara Tercinta “ Tokoh Pemimpin “

Sub Tajuk : Penulisan berbentuk Biografi berkaitan tokoh pempimpin yang dikagumi.

Fokus Utama : 7.1- Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat Aras 2 (i) Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik, teks dan video secara bertulis.

Fokus Sampingan : 1.2- Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Aras 2 (i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang berkaitan.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:-
Menguasai sekurang-kurangnya 1 daripada 2 objektif / isi tajuk pelajaran iaitu:-

1.Mengenalpasti sekurang-kurangnya 5 daripada 6 tokoh pemimpin secara lisan dan tulisan dengan betul.
2.Menyebut dan menerangkan sekurang-kurangnya 1 daripada 2 nilai yang perlu ada dalam diri seorang rakyat Malaysia dengan betul.

Menguasai sekurang-kurangnya 2 daripada 3 kemahiran dalam TMK iaitu :-

1.Mengaplikasi perisian “Microsoft Word” untuk menyiapkan tugasan iaitu menghasilkan penulisan berbentuk biografi tokoh pemimpin yang dikagumi secara individu dan dapat mengaplikasikanperisian “Microsoft Power Point” untuk menjawab kuiz pemahaman berkaitan tajuk.
2.Meneroka laman web yang berkaitan dengan tajuk kemudian menceritakan secara lisan dan bertulis dengan menggunakan ayat sendiri tentang teks tajuk yang dipelajari secara ringkas.
3.Mewujudkan komunikasi dalam proses pembelajaran melalui perisian “Netmeeting” dengan berkongsi maklumat yang diperolehi bersama rakan-rakan lain.

Strategi Pengajaran
1.Berpusatkan murid- meneroka laman web mencari maklumat berkaitan tokoh perdana menteri, guru hanya sebagai fasilitator dalam memberi tutorial semasa set induksi iaitu mengaitkan video dengan tajuk serta memberi arahan tugasan.
2.Berpusatkan bahan- mengaplikasi dan meneroka bahan daripada internet sebagai rujukan isi pelajaran.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.Menonton video dan menghubungkait video dengan tajuk pelajaran.
2.Permainan Bahasa / Kuiz pemahaman.
3.Meneroka maklumat daripada internet.
4.Penulisan karangan berbentuk biografi berkaitan salah seorang tokoh pemimpin yang dikagumi ( Menepati fokus utama )
5.Soal Jawab berkaitan tajuk ( Menepati fokus sampingan )
6.Nyanyian lagu patriotik“ Malaysia Tercinta “ bersama lirik dan video.

Sistem Bahasa
Tatabahasa : Kata Nama Khas ( Tun Dr. Mahathir, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tunku Abdul Rahman )
Kosa Kata : Perdana Menteri, Malaysia.

Pengisian Kurikulum

Kesepaduan Disiplin Ilmu : Bahasa, Sejarah ( Kemerdekaan ),Sastera(Tokoh Pemimpin) dan PJK ( Perasaan ), TMK ( MS Word, Power Point, Laman Web, Netmeeting )

Penerapan Nilai : Patriotik, Bertanggungjawab

Penggabungjalinan : Mengenalpasti ( nama tokoh dan perasaan ) , Menganalisis ( biografi tokoh ) , Meneroka ( maklumat tokoh ) , Menghubungkait ( video dengan tajuk pengajaran ), Kemahiran ICT.

Kemahiran Bernilai Tambah :-
1.Mod Tutorial-Penerangan awal guru dalam set induksi berkaitan video dengan tajuk pengajaran.
2.Mod Aplikasi-Menggunakan perisian komputer untuk menyiapkan tugasan dan mencari bahan.
3.Mod Penerokaan- Menggunakan internet untuk mencari dan memuat turun bahan maklumat tajuk pelajaran.
4.Mod Komunikasi- menjalankan hubungan dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid untuk berkongsi karangan biografi yang dihasilkan menggunakan perisian Netmeeting.

Kecerdasan Pelbagai Murid : Visual, Interpersonal, Intrapersonal.

Pengetahuan Sedia ada pelajar
1.Pelajar telah didedahkan dan mempunyai pengetahuan asas tentang tatacara menggunakan perisian Microsoft Word, Power Point, Netmeeting dan muat turun bahan daripada internet pada pelajaran lepas dan dalam kelas tambahan ICT.
2.Pelajar mempunyai pengetahuan asas tentang tarikh hari kemerdekaan Malaysia, nama-nama tokoh perdana menteri dan diterapkan nilai kepentingan seorang rakyat mencintai dan menjaga kedaulatan Negara pada pelajaran yang lepas.

Isi pelajaran
1. Tokoh Pempimpin ( Perdana Menteri ) : Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sei Najib Tun Abd. Razak. Tahun pemerintahan perdana menteri, tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan sumbangan tokoh kepada tanah air.
2. Tatabahasa : Kata nama Khas ( Malaysia, Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sei Najib Tun Abd. Razak )
3. Nilai : Semangat cintakan Negara ( Patriotik ), Bertanggungjawab terhadap negara.
4. Tatacara aplikasi TMK :-
1.Membina fail ( Folder ) dan menamakan fail itu dengan nama murid dan tajuk pelajaran iaitu “Tokoh Pemimpin”
2.Memuat turun bahan maklumat berkaitan tajuk melalui laman web.
3.Menjawab soalan pemahaman dan kuiz melalui perisian Power Point.
4.Menaip karangan berbentuk biografi tokoh pemimpin melalui perisian Microsoft Word.
5.Berkongsi fail dan maklumat melalui perisian Netmeeting iaitu mewujudkan kotak sembang komunikasi antara rakan-rakan dan guru.
6.Lirik lagu “ Malaysia Tercinta “

Bahan / Alat Bantu Mengajar
1.Komputer Maklmat ( 21 unit )
2.LCD ( 1 unit )
3.Speaker Utama ( 1 unit )
4.Jaringan Wifi
5.Headfon/ Alat pandang dengar ( 21 unit )
6.Slaid Gambar
7.Video
Bahan Rujukan Buku
1.Buku teks tahun 5
2.Huraian sukatan pelajaran tahun 5
Internet
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abdul_Razak
3.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Hussien_Onn
4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Dr_Mahathir_Mohamad
5.http://ms.wikipedia.org/wiki/Datuk_Seri_Abdullah_Ahmad_Badawi
6.http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia
7.http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak
8.http://aliff-life.blogspot.com/2008/08/sejarah-perdana-menteri-malaysia.html
9.http://marikhcrew-merdeka.blogspot.com/2009/08/p-m-kami-laannti-tuka-tjuk.html

Wednesday 13 July 2011

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membina dan menulis perkataan
(2.4) Membina dan menulis perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka dan tertutup KVK+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan gabungan suku kata terbuka dan tertutup KKV+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Membina perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka dan tertutup KKV+KV berdasarkan gambar
2. Latih tubi melengkapkan suku kata akhir.
3. Membina dan menulis frasa dan ayat yang mengandungi suku kata KKV+KV.
Bahan :
1. Gambar
2. Slaid
3. Komputer
4. Speaker
Isi Pelajaran :
1. Pintu
2. Lembu
3. Jambu
4. Lampu
5. Baldi
6. Kunci
7. Bendi
8. Garpu
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

Tuesday 12 July 2011

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membaca dan memahami perkataan
(1.4) Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka dan tertutup KVK+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Menyebut, mencerakin, mengeja, membaca dan memahami sekurang-kurangnya 5 perkataan gabungan suku kata terbuka dan tertutup KKV+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka dan tertutup KKV+KV berdasarkan gambar
2. Latih tubi membaca kad perkataan tayangan slaid bergambar
4. Membaca frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata KKV+KV.
Bahan :
1. Gambar
2. Slaid
3. Komputer
4. Speaker
Isi Pelajaran :
1. Pintu
2. Lembu
3. Jambu
4. Lampu
5. Baldi
6. Kunci
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran:-

Pintu

Lembu

Jambu

Lampu

Baldi

Kunci

Sayur bendi
Ini sayur bendi

Jambu manis
Jambu ini manis

Monday 11 July 2011

JuRnaL HaRian KurSus

ISNIN ( 11 JULAI 2011 )
Tajuk kurusus pada minggu ketiga ialah kemahiran aplikasi MS Publisher, Movie Maker dan menghantar atau mengedit bahan dalam talian.
Objekif kursus pada minggu ke tiga adalah :-
1. Memahami konsep Mod Aplikasi dan Mod Komunikasi
2. Membina bahan pengajaran menggunakan pakej perisian penerbitan kerja.
3. Menggunakan video-cutter/movie maket sebagai video pembelajaran.
4. Menyunting bahan daripada internet.
5. Mengaplikasi talian komunikasi di internet untuk tujuan pembelajaran.
Kaedah atau ativiti kursus ialah:-
1. Menjelaskan konsep Mod Aplikasi dan Mod Komunikasi
2. Mengapliaksi hamparan kerja melalui perisian MS Word dan Power Point
3. Membina bahan pengajaran menggunakan pakej perisian penerbitan (Publisher)
4. Menyunting bahan daripada internet
5. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti webcam atau sidang video.
6. Mengaplikasi talian komunikasi di internet untuk tujuan pembelajaran seperti berkomunikasi melalui kotak sembang.
SESI 1 ( APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani dan En. Ramlan. Sesi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di bilik Bestari. Berikut merupakan tatacara menggunakan perisian MS Publisher:-
1. Buka MS Publisher
2. Blank Page Size
3. Saiz A4
4. Insert “Text Box”
5. Taip Perkataan
6. Edit
Kami dikehendaki menghasilkan sebuah penerbitan yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

SESI 2 (APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani. Sesi bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 pagi bertempat di bilik Bestari. Dalam sesi ini Cik Nor Azaian telah memperkenalan MS Publisher. Berikut apa yang akan kami pelajari:-
1. Menghasilkan bahan penerbitan
2. Penggunaan teks dalam persekitaran.
Kami telah diarahkan untuk menghasilkan brosure yang berkaitan pameran kursus. Kumpulan yang menghasilkan brosure yang terbaik akan dipilih untuk menjadi bahan edaran pada hari pameran tersebut.

SESI 3 (APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani. Sesi bermula pada jam 2.00 petang hingga 2.00 petang bertempat di bilik Bestari. Dalam sesi ini kami telah menjalankan sesi pembentangan hasil produk brosure untuk hari pameran.

JuRnaL HaRian KurSus

ISNIN ( 11 JULAI 2011 )
Tajuk kurusus pada minggu ketiga ialah kemahiran aplikasi MS Publisher, Movie Maker dan menghantar atau mengedit bahan dalam talian.
Objekif kursus pada minggu ke tiga adalah :-
1. Memahami konsep Mod Aplikasi dan Mod Komunikasi
2. Membina bahan pengajaran menggunakan pakej perisian penerbitan kerja.
3. Menggunakan video-cutter/movie maket sebagai video pembelajaran.
4. Menyunting bahan daripada internet.
5. Mengaplikasi talian komunikasi di internet untuk tujuan pembelajaran.
Kaedah atau ativiti kursus ialah:-
1. Menjelaskan konsep Mod Aplikasi dan Mod Komunikasi
2. Mengapliaksi hamparan kerja melalui perisian MS Word dan Power Point
3. Membina bahan pengajaran menggunakan pakej perisian penerbitan (Publisher)
4. Menyunting bahan daripada internet
5. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian seperti webcam atau sidang video.
6. Mengaplikasi talian komunikasi di internet untuk tujuan pembelajaran seperti berkomunikasi melalui kotak sembang.
SESI 1 ( APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani dan En. Ramlan. Sesi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di bilik Bestari. Berikut merupakan tatacara menggunakan perisian MS Publisher:-
1. Buka MS Publisher
2. Blank Page Size
3. Saiz A4
4. Insert “Text Box”
5. Taip Perkataan
6. Edit
Kami dikehendaki menghasilkan sebuah penerbitan yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

SESI 2 (APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani. Sesi bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 pagi bertempat di bilik Bestari. Dalam sesi ini Cik Nor Azaian telah memperkenalan MS Publisher. Berikut apa yang akan kami pelajari:-
1. Menghasilkan bahan penerbitan
2. Penggunaan teks dalam persekitaran.
Kami telah diarahkan untuk menghasilkan brosure yang berkaitan pameran kursus. Kumpulan yang menghasilkan brosure yang terbaik akan dipilih untuk menjadi bahan edaran pada hari pameran tersebut.

SESI 3 (APLIKASI PENERBITAN KERJA MELALUI MS PUBLISHER )
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nor Azian Abd Ghani. Sesi bermula pada jam 2.00 petang hingga 2.00 petang bertempat di bilik Bestari. Dalam sesi ini kami telah menjalankan sesi pembentangan hasil produk brosure untuk hari pameran.

SELASA ( 12 JULAI 2011 )
SESI 1 ( APLIKASI MOVIE MAKER UNTUK PRODUK PEMBELAJARAN )
Sesi ini dikendalikan oleh Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau dan Puan Josephine dari SMK Pasir Putih, Tawau dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Sesi bertempat di bilik Bestari.
Dalam sesi ini kami telah menyambung tugasan yang telah diberikan dalam penghasilan produk.

SESI 2 (APLIKASI MOVIE MAKER UNTUK PRODUK PEMBELAJARAN )
Sesi ini dikendalikan oleh Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau dan Puan Josephine dari SMK Pasir Putih, Tawau dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Sesi bertempat di bilik Bestari.
Dalam sesi ini kami telah menyambung tugasan yang telah diberikan dalam penghasilan produk.

SESI 3 (APLIKASI MOVIE MAKER UNTUK PRODUK PEMBELAJARAN )
Sesi ini dikendalikan oleh Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau dan Puan Josephine dari SMK Pasir Putih dan Puan Hajah Patimah dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Sesi bertempat di bilik Bestari.
Dalam sesi ini kami telah mempelajari membuka akaun Bravenet. Ia digunakan untuk menyimpan hasil kerja murid dan berkongsi maklumat. Berikut merupakan tatacara menggunakan bravenet:-
1. www.bravenet.com
2. Create an account

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 40 murid
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membina dan menulis perkataan
(1.3) Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka V+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan suku kata terbuka V+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Membina perkataan yang mengandungi suku kata V+KV melalui aktiviti:-
• Suaikan gambar dengan perkataan & lengkapkan ejaan perkataan berdasarkan gambar.
2. Menulis frasa dan ayat yang mengandungi suku kata V+KV.
Isi Pelajaran:-
1. Ibu
2. Api
3. Umi
4. Ubi
5. Aki
6. Alu
7. Isi
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Gambar
2. Buku latihan murid
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 40 murid
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membaca dan memahami perkataan
(1.3) Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka V+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Menyebut, mengeja, membaca dan memahami sekurang-kurangnya 5 perkataan suku kata terbuka V+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KV melalui aktiviti:-
• Pandang, eja dan baca
2. Latihan pengukuhan kemahiran membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Ibu
2. Api
3. Umi
4. Ubi
5. Aki
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran:-
Ibu

Api

Ubi

Aki

Thursday 7 July 2011

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 40 murid
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membina dan menulis perkataan
(2.2) Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV berdasarkan gambar.
2. Latihan membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV iaitu lengkapkan teka silang kata dan suaikan gambar dengan perkataan.
Bahan :
1. Gambar
2. Slaid
3. Komputer
4. Speaker
Isi Pelajaran :
1. Kelapa
2. Kamera
3. Kerusi
4. Kereta
5. Perahu
6. Tomata
7. Menara
8. Pelita
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

inFo BM

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN

• National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
• Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
• Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
• Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
• Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
• Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
• Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi. Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP
Definisi Literasi
Kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”

MATLAMAT
“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’


KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN
Status
Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu
Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.

PELAPORAN
Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

PENUTUP
Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’s

By kpop on Wed Jun 02, 2010 9:58 pm

Wednesday 6 July 2011

JuRnaL HaRian KurSus

ISNIN ( 4 JULAI 2011 )
Dalam minggu kedua ini kandungan kursus adalah lebih kepada penggunaan mod penerokaan dan tutorial. Kami mempelajari tentang kemahiran memuat naik dan turun bahan audio, teks, video, dan imej dan pelbagai bahan pengajaran. Matlamat kursus pada minggu ini adalah untuk:-
• Memahami konsep mod penerokaan.
• Mengenalpasti alamat laman web, katalog dan enjin carian internet.
• Menggunakan kata kunci atau frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa melayu.
• Mengumpul bahan daripada internet secara muat turun ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
• Menggunakan internet untuk muat turun video, teks, audio dan imej sebagai produk pembelajaran mengikut tema.
• Mengeksplorasi portal pendidikan di internet.

SESI 1 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN AUDIO SEBAGAI MEDIA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diajar berkaitan dengan membuat teks atau perkataan pada video yang hendak dihasilkan. Dalam sesi ini saya menghasilkan video berkaitan dengan tajuk iaitu makanan seimbang. Berikut merupakan tatacara menghasilkan video menggunakan perisian movie maker:-
1. Import Picture
2. Show Timeline-tarik picture
3. Edit Movie-choose style
4. View video effects
5. Title and credits
6. Import Audio & Music

SESI 2 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN AUDIO SEBAGAI MEDIA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diajar berkaitan dengan membuat teks atau perkataan pada video yang hendak dihasilkan. Dalam sesi ini saya menghasilkan video berkaitan dengan tajuk iaitu makanan seimbang. Berikut merupakan tatacara menghasilkan video menggunakan perisian movie maker dilanjutkan kepada:-
1. Import Picture
2. Show Timeline-tarik picture
3. Edit Movie-choose style
4. View video effects
5. Title and credits
6. Import Audio & Music
7. Mengedit bahan audio, mencantumkan dan memotong muzik dalam video.
8. Import Video
9. Mengedit, potong ( split ) video dan mencantukan video

SESI 3 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN AUDIO SEBAGAI MEDIA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diajar berkaitan dengan membuat teks atau perkataan pada video yang hendak dihasilkan. Dalam sesi ini saya menghasilkan video berkaitan dengan tajuk iaitu makanan seimbang. Berikut merupakan tatacara menghasilkan video menggunakan perisian movie maker dilanjutkan kepada:-
1. Import Picture
2. Show Timeline-tarik picture
3. Edit Movie-choose style
4. View video effects
5. Title and credits
6. Import Audio & Music
7. Mengedit bahan audio, mencantumkan dan memotong muzik dalam video.
8. Import Video
9. Mengedit, potong ( split ) video dan mencantukan video
Selain itu, dalam sesi ini juga Puan Gusnaini telah memberikan maklumat dan info berkaitan CASPER di mana ianya elemen yang perlu digunakan untuk menghasilkan slaid power point yang baik.

SELASA ( 5 JULAI 2011 )
SESI 1 ( MEMUAT TURUN DAN NAIK BAHAN TEKS SEBAGAI MEDIA)
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberikan penerangan tentang fungsi dan kegunaan perisian Format Factory. Antara kegunaaannya ialah:-
1. Menukar format file cth : jpeg-gif file-bitmap
2. Audio dan Video
Kebanyakan fail yang dimuat turun ke dalam komputer tidak dapat dibuka dan dikenalpasti kerana format fail yang tidak sama. Oleh itu perisian Format Factory ini digunakan untuk mengubah fail supaya ianya adalah sama.

SESI 2 ( MEMILIH BAHAN SASTERA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah mengaplikasikan perisian Format Factory dan tatacara penggunaan perisian ini.
1. Convert video, audio, picture
2. Pilih sama ada video, audio atau picture pada ruangan
3. Pilih menjadikan ia fail apa..cth: all-mpg
4. Klik MPG
5. Add File
6. Klik OK
7. Tunggu 100%
8. Output Folder

SESI 3 ( MEMILIH BAHAN BUDAYA )
Sesi ini dikendalikan oleh Hajah Juriati dari SMK Merotai Besar dan Puan Gusnaini dari SK Taman Tawau. Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah meneruskan aktiviti penerokaan dan mengaplikasikan perisian Format Factory dan tatacara penggunaan perisian ini.
1. Convert video, audio, picture
2. Pilih sama ada video, audio atau picture pada ruangan
3. Pilih menjadikan ia fail apa..cth: all-mpg
4. Klik MPG
5. Add File
6. Klik OK
7. Tunggu 100%
8. Output Folder
Setelah itu, kami menyambung pengajaran dalam perisian Window Movie Maker. Berikut merupakan tatacara untuk menyimpan fail:-
1. Finish Movie
2. Save File Movie-Next
3. Saving-masih boleh edit
4. Finish-Auto Play

RABU ( 6 JULAI 2011 )
SESI 1 ( MEMILIH BAHAN TATABAHASA)
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberikan penerangan tentang cara memuat turun dan memuat naik bahan yang berkaitan dengan bahan tatabahasa. Di mana ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian dan sesi pengajaran. Kami dikehendaki menbuat Folder Tatabahasa. Di dalam folder tatabahasa pula terdapat lagi folder kecil. Buka Mic. Word. Berikut merupakan langkah untuk menyediakan bahan tatabahasa:-
1. Bina Jadual
2. Bina ruangan URL
3. Buka carian dan laman web,
4. Copy alamat
5. Paste di dalam jadual, boleh Link terus ke dalam web.
Tugasan kami pada hari ini adalah mencari sekurang-kurangnya 50 laman web berkaitan tatabahasa untuk digunakan dalam rancangan mengajar. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa guru-guru untuk mencari bahan.
SESI 2 ( MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN)
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah melanjutkan pelajaran dengan mengumpul bahan sastera.
SESI 3 ( MENGUMPUL BAHAN MENGIKUT KEMAHIRAN TEMA )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini, kami menentukan tema untuk rancangan pengajaran. Kami diarahkan membuka sukatan pelajaran. Buka satu halaman mic. Word. Kami mempelajari teknik meletakkan kemahiran yang terdapat di sukatan pelajaran dalam bentuk jadual atau katalog bahan yang akan terus berpaut dengan laman web.


KHAMIS ( 7 JULAI 2011 )
SESI 1 ( MEMBUAT PERANCANGAN AKSES KENDIRI )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberikan penerangan tentang cara memuat turun dan memuat naik bahan yang berkaitan dengan bahan tatabahasa. Pada hari ini kami telah diberikan tugasan untuk menyiapkan rancangan pengajaran yang mengandungi mod aplikasi dan penerokaan. Kami telah memilih tajuk “ destinasi pelancongan “ isi pelajaran adalah “Kata Nama Khas”.Kami diarahkan untuk menyelitkan sekurang-kurangnya 1 objektif kata ganda.
SESI 2 ( MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK AKSES KENDIRI )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan. Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah mula membentangkan hasil kerja mengikut kumpulan.
SESI 3 ( MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK AKSES KENDIRI )
Sesi ini dikendalikan oleh Haji Adanan dari SK Ranggu dan Puan Samsiah dari Sk Kg Titingan Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Kami telah menyambung sesi ini dengan pembentangan hasil kerja dalam kumpulan.

JUMAAT ( 8 JULAI 2011 )
SESI 1 ( KONSEP MOD APLIKASI & MOD KOMUNIKASI )
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Effendy Yusuff dan Encik Ab. Ghani Sani. Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah diberi taklimat dan penerangan ringkas berkaitan dengan portfolio individu. Terdapat pertukaran dari segi penyusunan jadual. Pada hari ini, kami membincangkan topic berkaitan komunikasi melalui kotak sembang dan laman interaksi social. Jaringan wifi boleh digunakan untuk berkomunikasi. Kami mempelajari tatacara menggunakan netmeeting.
SESI 2 ( APLIKASI HAMPARAN KERJA MELALUI MS WORD )
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Effendy Yusuff dan Encik Ab. Ghani Sani Sesi pertama bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 tengahari bertempat di bilik ICT. Dalam sesi ini kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa pameran hasil produk.
SESI 3 ( APLIKASI HAMPARAN KERJA MELALUI MS POWERPOINT )
Sesi ini dikendalikan oleh Encik Effendy Yusuff dan Encik Ab. Ghani Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik ICT. Dalam sisi ini kami telah menyambung dalam membincangkan bidang tugas masing-masing mengikut jawatankuasa yang dilantik untuk program pameran di akhir kursus.

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 40 murid
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membina dan memahami perkataan
(1.2) Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Menyebut, mengeja, membaca dan memahami sekurang-kurangnya 5 perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
1. Menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV berdasarkan gambar.
2. Mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka secara individu.
3. Latihan pengukuhan kemahiran membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat.
Bahan :
1. Gambar
2. Slaid
3. Komputer
4. Speaker
Isi Pelajaran :
1. Kelapa
2. Kamera
3. Kerusi
4. Kereta
5. Perahu
6. Tomata
7. Menara
8. Pelita
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran:-
1. Menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV+KV berdasarkan gambar.
KELAPA

KAMERA

KERUSI

KERETA

PERAHU

TOMATO

MENARA

PELITA


2. Mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka secara individu.
• Kelapa
• Kamera
• Kerusi
• Kereta
• Perahu
• Tomato
• Menara
• Pelita
3. Latihan pengukuhan kemahiran membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat.
Baju kebaya
Ini baju kebaya ibu


Tomato
Ini buah tomato

-SELAMAT MEMBACA-

inFo BM

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

*mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
*belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
*kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
*rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
*kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

*peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
*terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
*perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
*kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
*pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
*bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
*mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

*perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
*kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
*corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
*mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
*Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1.Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
2.Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
3.Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
4.Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
---------------------

Bahan ini diperolehi daripada Zahir Zainudin merupakan seorang penyelidik bebas sains sosial yang mengkaji perkembangan isu-isu sosial Malaysia. Beliau adalah juga ahli HALUAN Selangor.

Tuesday 5 July 2011

inFo BM

Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak meklumat yang saya perolehi dari beberapa laman web berkaitan, para pengkaji teknik belajar telah menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Berikut merupakan teknik belajar yang boleh kita amalkan..

Teknik Belajar 5R-STUV
1.Recopy [salin semula]
2.Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3.Recite out loud Repeatedly[lafaz kuat berulang kali]
4.Recheck[semak semula]
5.Reasonnablenes[jawapan berpatutan/sebaliknya]
6.s-sumarize[ringkaskan nota penting]
7.t-test your self[uji diri anda]
8.u-use[gunakan]
9.V-visualize[bayangkan selalu]

Sama-samalah kita amalkan..

RPH LiNus

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu ( LINUS LITERASI )
Tahun : 2 Bestari
Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 40 murid
Unit : 1. Membaca dan menulis perkataan
Tema : Persekitaran saya
Kemahiran : Membina dan menulis perkataan
(2.1) Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan suku kata terbuka KV+KV dengan betul.
Aktiviti :
1. Membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berpandukan gambar.
2. Melaksanakan latihan pengukuhan melalui aktiviti suaikan gambar dengan perkataan.
3. Latihan membina dan menulis frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka KV+KV.
Bahan :
1. Gambar
2. Slaid
3. Komputer
4. Speaker
Isi Pelajaran :
1. Roti
2. Nasi
3. Cili
4. Tali
4. Buku
5. Bola
6. Topi
7. Sudu
8. Labu
9. Mata
10. Sawi
Sistem Bahasa : Kata Nama
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : PSV, Kajian Tempatan, Sains
Nilai :Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah : Menganalisis, Mengenalpasti
Kecergasan Pelbagai : Kontekstual, Konstruktivisme

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran:-
1. Membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berpandukan gambar.

R O T I

N A S I

C I L I

2. Melaksanakan latihan pengukuhan melalui aktiviti suaikan gambar dengan perkataan
Tali
Buku
Bola
Topi
Sudu






Latihan membina dan menulis frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka

Labu
Ini labu ibu

Sawi
Ini sayur sawi

inFo BM

Teknik Membaca PQRST

Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)

MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses dimana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)

UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Monday 4 July 2011

inFo BM

Hasil artikel ini diperolehi daripada Puan Mukarramah, salah seorang JU yang memberikan taklimat berkaitan Bahasa Melayu
Kemusykilan Tatabahasa yang Lazim 


BIL
ASPEK
KETERANGAN
CONTOH / CATATAN
1
ia
digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja.
*Laporan itu disediakan oleh Encik Subki. Ia akan diteliti dari masa ke masa. ( salah )
2
ialah dan adalah
ialah – di hadapan FN
adalah – di hadapan FA dan FSN
a. Profesor Ismail ialah pensyarah di UKM.
b. Keputusan itu adalah muktamad.
c. Hadiah itu adalah untuk pelajar cemerlang.
* Adalah dimaklumkan …(salah)
3
beza antara awalan di- dengan KSN di
awalan di- : ejaan rapat
KSN di : ejaan jarak
awalan : dipanjat, ditambah, dijahit
KSN : di sekolah, di situ, di utara
4
beza antara awalan ke- dengan KSN ke
awalan ke- : ejaan rapat
KSN ke : ejaan jarak
awalan : ketua, kekasih, kehendak
KSN : ke sana, ke pasar
4
dari masa ke masa
dari masa ke masa
dari semasa ke semasa
* dari masa ke semasa ( salah )
tidak boleh pengguguran secara berasingan
  5
demi untuk
KSN tidak boleh hadir berurutan
* Kita mesti berusaha demi untuk masa depan.
( lewah )
6
di dalam dan dalam
di dalam – ruang / arah
dalam – KSN
a. Sayur itu ada di dalam peti sejuk.
b. Husin juga terlibat dalam pertengkaran itu.
7
di antara dan antara
di antara – jarak
antara - KSN
a. Adik duduk di antara ayah dengan ibu.
b. Antara lagu popular masa kini ialah “Kasih”
8
di atas dan atas
di atas – arah
atas – KSN
a. Buku itu ada di atas meja guru.
b. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan daripada pihak tuan.
9
oleh kerana / sebab
oleh – KSN yang mesti diikuti KN atau FN.
kerana – KH pancangan keterangan
sebab – KN
a. Permainan itu tergendala oleh sebab hujan lebat.
( bukan oleh kerana )
10
rindukan /rindu akan
KA yang bersifat emotif
* Wanita itu amat rindukan anaknya. (salah)
……..rindu akan……
11
partikel pun
13 kata yang dieja rapat
ada,lagi,atau,walau,andai,sekali,kalau,biar,
sungguh,mahu,meski,kendati,bagaimana
12
kata majmuk
dieja terpisah kecuali 15 kata
rujuk nota
13
sehubungan itu /dengan itu
sehubungan dengan itu = sama hubungan dengan itu
lebih mantap jika ditulis sehubungan dengan hal itu.
14
selain daripada
KSN tidak boleh berurutan
a. Selain berniaga, dia juga bertani.
15
mengenepikan / mengetepikan
ke + tepi + kan = ketepikan
meN+ketepi+kan = mengetepikan
Demikian juga dengan mengetengahkan.
Huruf k menjadi ng.
16
di mana
salah dalam ayat penyata
*Sayur dapat menyihatkan badan di mana sayur banyak mengandungi vitamin.
17
memper…/memper...kan
memper…- KA
memper…kan – KN + KK
a. Dia mempersembahkan sebuah lagu.
b. Pihak JKR sedang memperlebar jalan.
18
saling sayang-menyayangi
perbuatan yang saling berbalas – lewah
saling menyayangi, saling mengasihi, saling membantu
19
pusat membeli-belah
Siapa yang membeli-belah?
pusat beli-belah
20
mengenali KA
dapat disertai kata penguat
sangat luas, paling bijak, amat cantik
21
hadirin sekalian &
para hadirin sekalian
hadirin = orang yang hadir (Arab) / tunggal
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
*sekalian pelajar-pelajar
22
menjatuhkan/menjatuhi
menjatuhkan hukuman
menjatuhi pesalah
men…kan = objek tidak bernyawa
men…i = objek bernyawa
23
bukan dan tidak
bukan = FN dan FSN
tidak = FA dan FK
a. Dia bukan ayah saya.
b. Bandar ini tidak besar sangat.
bukan  boleh hadir sebelum FK dan FA yang mendukung maksud pertentangan maklumat(…bukan bodoh tetapi malas.)
24
kata penguat bebas
+ sekali
amat + KA + sekali
sungguh + KA + sekali
sangat + KA + sekali
kata penguat bebas boleh diletakkan di hadapan ataupun di belakang ayat.
a. Keretanya amat besar./ besar amat.
25
merasa dan berasa
merasa = lidah
berasa = mempunyai, beroleh rasa, ada rasa
a. Emak merasa kari yang dimasak olehnya
b. Kedua-dua tangannya berasa lenguh.
c. Rendang itu masih berasa enak walaupun sudah disimpan beberapa hari.
26
maksud justeru
justeru = malahan, bahkan
- bukan oleh itu

[KD = m/s 551]
a. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya menolongnya.
* Kadar kemalangan semakin meningkat. Justeru, kita patut mengambil langkah yang perlu.
27
perlantikan dan pelantikan
pe…an = meN…kan
per…an = ber
* Perlantikannya mendapat persetujuan.
a. Peletakan jawatannya ditentang hebat.
28
perlanggaran dan pelanggaran
perlanggaran = berlanggar
pelanggaran = melanggar
a. Kereta itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah bas.
b. Pelanggaran disiplin berlaku kerana pelajar tidak mematuhi peraturan sekolah.
29
memastikan dan mempastikan
kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k,s akan berubah apabila menerima apitan meN…kan.
memastikan = pasti
menunjukkan = tunjuk
mengurniakan = kurnia
menyembunyikan = sembunyi
30
mengkagumkan dan mengagumkan
huruf k akan gugur dan berubah menjadi ng
mengagumkan, mengebumikan, mengendalikan
31
lain-lain hal dan
hal-hal lain
Hukum DM
a. Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan datang.
32
di  dan dalam kalangan
di  = tempat
kalangan = golongan
Masalah itu berlaku hanya dalam kalangan pelajar luar bandar sahaja.
-di kalangan = diizinkan kerana mantap
33
mengajarkan  dan mengajar
mengajarkan = apa ?
mengajar = siapa ?
a. …mengajarkan tatabahasa
b. …mengajar murid…
34
baru dan baharu
mendukung maksud serupa
- baru = masa
baharu = masih baik
sejak = semenjak
sentiasa = senantiasa
jika = jikalau
serak = selerak
35
pendalaman / pedalaman
pendalaman = mendalamkan sesuatu
pedalaman = kawasan
a. Pendalaman sungai sedang giat dijalankan.
b. Banyak orang asli tinggal di kawasan pedalaman.
36
Kerja itu akan saya buat.
Kerja itu saya akan buat.
Hukum Aneksi Persona
( C.A.Wees-linguis AS)
…….akan saya buat……
……akan kami makan…...
37
pembelajaran atau pemelajaran
pemelajaran
terbit daripada kata kerja transitif mempelajari bukan kata kerja tak transitif belajar. Cth lain: pemerolehan,pemersatuan
38
agung atau agong
hukum keselarasan vokal (a-u)
mesyuarat agung, seniman agung, perhimpunan agung.
Kekecualian : Yang di-Pertuan Agong
39
Ambillah apa sahaja yang anda suka
Ambillah apa-apa sahaja yang anda suka.
kata ganti nama tanya : apa,siapa,mana
40
Berikut ialah butir-butir tentang program …..
Yang berikut ialah butir-butir tentang program…
Ayat tergantung = FK + FN
Transformasi pengguguran =
Perkara yang berikut / Yang berikut..
41
Setengah orang tidak suka ….
Sesetengah / Setengah-setengah orang tidak suka.
Kata bilangan tak tentu tidak boleh disingkatkan dengan sewenang-wenangnya
Setengah = separuh
42
Dia kata kepada saya.
Dia senyum kepada saya
Dia berkata kepada saya.
Dia tersenyum kepada saya.
KKTT berawalan ber-,ter-,men-, tidak boleh ditiadakan awalannya.
43
Dia suka baca buku.
Ahmad tendang bola itu.
Dia suka membaca buku.
Ahmad menendang bola itu.
KKT dalam ayat aktif tidak boleh ditiadakan awalan men-.
Kecuali : makan, minum
45
Dia memegang erat-erat tangan ibunya.
Dia memegang tangan ibunya erat-erat.
Hukum KKT – diikuti dengan objek.

46
Hal-hal lain /
Lain-lain hal
Hukum DM
D= diterangkan       M = menerangkan
sos cili, keledek goreng, mi maggi
47
Sudah lama saya tidak bertemu keluarganya.
Sudah lama saya tidak bertemu dengan keluarganya.
Hukum KKTT = apabila diperluas, perlu diikuti dengan KSN
48
Saya akan ke sana bila ada kelapangan.
Saya akan ke sana apabila ada kelapangan.
Bila = kata tanya
Apabila = kata hubung
49
Pengembala kambing
Penggembala kambing
kata akar = gembala
awalan peng-, + gali, ganas, goda
50
Merujuk perkara di atas,.
Merujuk kepada perkara di atas, / Merujuki perkara di atas….
Merujuk=KKTT perlu diikuti dengan KSN
*Perkara di atas dirujuk.(salah)= pasif
sepatutnya dirujuki
(*) tanda asterisk = ayat yang tidak gramatis

RUMUS AYAT DUA OBJEK ( Kata Kerja Dwitransitif )

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i
meN-…-kan ( penanda kausatif )
- menyebabkan jadi
Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad.
meN-…-i ( penanda lokatif )
- menjadi tempat menerima hadiah
Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
RUMUS
men-…-kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada
men-…-i = Objek Bernyawa
CONTOH LAIN
Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah.
Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-..kan dan meN-…
meN-…-kan ( penanda benefaktif )
- memberikan manfaat
Kakak membuatkan ayah secawan kopi.
meN-…
Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.
RUMUS
meN-…kan = Objek Bernyawa
men-… = Objek Tidak Bernyawa = untuk
CONTOH LAIN
Ibu menjahitkan ayah sepasang baju.
Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.

Diharap anda sudi berkongsinya....terima kasih..